Friday, 5 December 2014

Pusat Remaja Kafe@Teen ::

Apa tu kafe@teen?

Jujur, kalau mula2 tanya dulu, diri sendiri pun tak tahu.
entah, kenapa sampai boleh tak tahu..
kalau ditanyakan pada kebanyakan remaja secara rawak pun, barangkali dorang pun tak tahu.
tapi, sejak berada dalam ni, rasa macam nak bagitau semua orang je akan kewujudan tempat ni.
mana tak nye, rasanye tempat ini adalah sangat2 best, sangat2 cool, yang mana remaja boleh lepak sambil buat perkara2 yang berfaedah daripada duduk melepak tak tentu hala kat luar sana.
senang cerita, kalau remaja nak buat aktiviti sesama dorang, silakan buat aktiviti tu di sini.
kalau tak tahu nak buat aktiviti apa yang best, mai la datang sini.
senang cerita, InsyaAllah kami di sini akan membantu remaja dalam memenuhi keperluan2 yang diperlukan.
dan yang paling penting, suara2 remaja juga akan kami dengar di sini kerana di sini sememangnya tempat untuk anda..
kami buka pintu seluas-luasnya, khusus untuk anda =)


Okay, ini adalah pengenalan ringkas tentang kafe@teen:

" kafe@teen adalah pusat remaja serba moden dan mesra pelajar yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga negara (LPPKN) bagi tujuan membantu remaja berumur 13 hingga 24 tahun melalui alam remaja dengan selesa dan tanpa ragu-ragu"


Di sini juga ada perkhidmatan kaunselor dan doktor juga, FREE tau. Perkhidmatan untuk:

  • pengawalan berat badan: obesiti, kurus
  • ingin berhenti merokok
  • masalah kulit: jerawat, kurap, panau dan lain-lain
  • gangguan haid, senggugut dan lain-lain
  • HIV/AIDS, STD dan masalah seksualiti yang lain
  • masalah mental: murung, agresif, emosional, keliru
  • selisish faham dengan ibu bapa, keluarga atau rakan sebaya
  • masalah dengan teman istimewa
  • isu-isu lain berkaitan dengan remaja


Bukan itu sahaja, ada lagi..

  • kehidmat kaunseling untuk remaja
  • perkhidmatan doktor dan pegawai pemakanan
  • kelab sahabat kafe@teen
  • mini perpustakaan
  • komputer berinternet
  • TV Astro, indoor games, bilik perbincangan
  • pendidikan remaja: teen talk & teen chat
  • aktiviti sosial budaya / lawatan
  • kermbara


haaa..nampak tak, tempat ini untuk anda2 remaja, bukan untuk kami (dewasa). So, apa tunggu lagi? JOM datang ke sini!

Nak cari kenalan/ rakan baru?
Nak sertai aktiviti menarik?
Nak berkongsi pengalaman dan berinteraksi dengan remaja lain?


Ayuh jumpa kami Teen Educators anda hari ini

klik link untuk mengetahui senarai kafe@teen yang terdapat di Malaysia---> Senarai Kafe@Teen LPPKN

Tuesday, 26 August 2014

Silent mood :l


kebisuan itu telah mengundang rasa rindu, 
jujur,
aku teringatkan kamu..


di antara 'demi cinta suci' dan 'ku harap cinta'
ada aku juga kamu..

Tuesday, 10 June 2014

Empat abjad dari hati : :




Empat abjad dari hati..
M.A.A.F
Empat abjad dari hati..
M.A.A.F
Empat abjad dari hati..
M.A.A.F
Empat abjad dari hati..
M.A.A.F

banyak sekali abjad yang ingin aku susun
ingin aku susun satu persatu menjadi ayat nan indah
tapi aku tak mampu
bila lidah aku jadi kelu, minda aku jadi beku
aku tidak mampu mempersembahkan kau dengan ayat nan indah
walaupun ingin sekali aku susun ianya menjadi sebuah puitis
agar aku dapat mempersembahkan pada kau dari hati aku yang ikhlas

abjad-abjad yang tidak tersusun
tidak akan sesekali ku pandang sepi
kerna abjad-abjad itu bukan tidak membawa sebarang makna
tetapi abjad-abjad itu adalah tanda seluruh kebaikan diri kau
kebaikan yang tak mampu aku nak gambarkan 
walaupun dengan sepatah kata
dalam kebaikan kau aku nampak adanya keikhlasan
biarlah abjad-abjad itu sebegitu
biar tidak bermakna pada mata kebanyakan
tapi biar aku yang menilai makna disetiap abjad-abjad itu
biar aku
biar saja aku..

saat ini, detik ini, 
aku hanya mampu menyusun empat abjad dari hati..
dengan seluruh kudrat, aku gagahi dari lubuk hati yang paling dalam
aku persembahkan kau dengan empat abjad dari hati..
M.A.A.F 
empat abjad dari hati,
dari aku untuk kamu..




credit to: http://labelladyla.blogspot.com/2013/02/doa-ketika-musibah.html



*aku simpan kau dalam doa, Moga Allah jaga kau selamanya*


Friday, 6 June 2014

"Terfaktab"



Malam itu tak selamanya kelam
kerna masih ada terangnya bulan
cinta itu adakalanya terpadam
bila rindu semakin jauh ditinggalkan
mulut tak perlu berbicara
andai kebisuan mampu mencoretkan rasa
mata tak semestinya akan berkaca
andai hati melepaskan dengan rela
kembalilah pada hakikat
mencari kecintaan di dalam pekatnya malam
kembalilah pada fitrah
mencari ketenangan di atas sejadah
sujudlah, berdoalah
andai di dalam doa engkau tidak temui dia
kelak engkau akan temui makna diri kau sendiri

teringat kata seorang yang malim lagi:

"Jangan disimpan seseorang di dalam hati, hati itu berbolak balik sifatnya. Simpanlah seseorang dalam doanya, kerana doa tercatat di langit selamanya" [Ustaz Haron Din]





"Andai takdir tidak menyebelahi aku untuk mengukir namamu di dalam hati, moga selamanya akan terukir  akan bahagiamu dalam doaku"




aku yang terfaktab..
35614
(writing thesis in progress)

Wednesday, 28 May 2014

Terima kasih *CIKGU*

Diajukan dengan soalan yang berbeza, tapi membawa kepada jawapan yang sama.
Soalan yang mampu membuat aku sebak, namun jawapan yang aku berikan juga adalah jawapan yang pada aku, jujur, ikhlas dari hati aku. Hati aku.

kalau aku berkata aku takut untuk hidup susah, mesti ada yang melihat aku pentingkan kesenangan.
Tapi itulah jawapan yang aku beri, setiap kali aku diajukan dengan soalan seumpama itu.
Untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan yang memotivasikan aku untuk berusaha ke tahap ini. 
Sebab kalau boleh, insyaAllah boleh dengan izin Allah..
semahu-mahunya aku tak nak lagi hadapi masa yang pernah aku lalui dulu.
Kehidupan semasa kecil, yang tidaklah sesukar mana, tapi aku tetap merasa kesusahan itu.

Alhamdulillah, kesusahan yang membuatkan aku sedar, untuk mengubah nasib diri tidak lain tidak bukan semuanya terletak pada diri sendiri.

"terima kasih buat ibu bapa aku, sebab membesarkan aku tidak terus dengan kesenangan.
dan disebabkan itu juga, harapan aku moga2 aku mampu untuk menghargai dan berasa syukur untuk setiap yang aku ada"

aku sesekali tidak pernah memandang rendah pada ibu bapa aku yang mungkin pada zahirnya tidak mempunyai pendidikan yang tinggi seperti mana kebanyakan orang punya ibu bapa.
tetapi pada aku mereka adalah cikgu yang terbaik dalam mengajar aku ilmu tentang HIDUP..
terima kasih Allah..
aku bersyukur akan kurniaan ini.
dengan menjadikan mereka contoh,  aku sematkan dalam hati untuk aku teruskan perjalanan hidup ni.
dan adalah menjadi tanggungjawab aku untuk mengubah kehidupan mereka dengan upaya yang aku mampu.
dengan apa?
tidak lain tidak bukan dengan pendidikan.

setakat ini, itu saja yang aku lihat aku mampu lakukan untuk aku ubah kehidupan. mengubah masa depan yang lebih baik.



"aku melihat kekecewaan itu,
dengan pandangan yang cukup hiba,
aku tak mampu menuturkan sebarang kata,
buat mengubati rasa kecewa itu,
duhai hatinya,
janganlah dibiarkan rasa itu meresap di hati,
kasihanilah sekeping hati itu,
sudah terlalu banyak rasa yang dipendam,
lepaskanlah,
bebaskanlah,
semua rasa itu dari segenap sudut hatinya..
berat mata aku yang memandang,
aku mengerti berat juga bahunya yang menggalas,
berikanlah aku semua rasa itu,
andai itu mampu melukiskan senyuman diwajahnya.
andai itu mampu menghapuskan duka dihatinya.
izinkan aku memikul beban itu
tidak mengapa andai yang sakit itu hati aku
asalkan saja bukan hati dia...."



p/s: okay kembali kepada mood serantau : berpacaran sama tesis =)
      *np: bila bunga dipetik orang*

Tuesday, 13 May 2014

Lin Handmade Greetings 2014 [Blog Giveaway #1]

Hola =) 
lama betul menyepi..hiks..

Entri kali ne tentang ini tentang ----> 


::slotted quilling tools::

sape nak berpeluang dapat SLOTTED QUILLING TOOLS klik la link ne:  http://azlina-lin.blogspot.com/2014/05/2014-blog-giveaway-1.html


 past tu, baca entri kat situ dan buat la pape yang patut seperti yang telah dinyatakan :) okay?


Saya sudah..anda bila lagi?? :)

Sunday, 19 January 2014

Hakikat Kesedihan ::

" Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak
 [An-Nisaa: 4]


*Kepahitan menjadi teman diri, ku tempuhi onak duri sendiri di sini* [terbaik buat kita]



Pada hakikatnya, kesedihan adalah perasan jiwa yang bersifat naluri, berupa kecil hati dan hilangnya rasa senang dan gembira pada seseorang (definisi sedih menurut sejumlah psikologi). Perasaan ini dialami setiap individu dari masa ke masa, bergantung pada sikap mental yang ada pada diri individu dan kesukaran hidup yang dialaminya. Oleh itu, perasaan ini umumnya bukanlah untuk menyeksa seseorang namun akan hilang dengan sendirinya atau individu itu sanggup melawannya secara efektif 

Sedih dan gembira adalah dua perasaan naluri yang saling berlawanan, yang telah Allah ciptakan pada tabiat manusia. Salah satunya akan redup kerana ditekan oleh yang lain. 

Dalam hal ini Allah SWT berfirman:

"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis" [An-Najm: 43]

Ikrimah rahimahullaah berkata:

"Tidak seorang pun kecuali mengalami senang dan sedih. Akan tetapi, buatlah kesenangan menjadi syukur dan kesedihan menjadi sabar".



Sumber dan dipetik dari: 
Sulaiman bin Muhammad bin 'Abdullah Al-'Utsaim. t.th. Manual Mengatasi Kesedihan. Terj. H.Anshori Umar Sitanggal. Kuala Lumpur: S.A. Majeed & Co. Sdn.Bhd.



Bukan kebetulan, tapi itu takdir Tuhan..
12/2/2013, itulah jarak yang paling hampir antara kita..
18/8/2013, kita bertemu, in reality, indah..
18/1/2014, ada perpisahan antara kita..

:: apakah yang ada di antara masa?

Friday, 17 January 2014

Dusta ::


kejujuran itu indah..
indahkah?
dusta..
kerana kejujuran itulah yang telah memisahkan..

hurt, its really hurt..Allah :'(

Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram [Ar-Rad 13:28]


Thursday, 16 January 2014

Black Dog Bone - Hati Ku Luka Lagi *Original Audio*



Inilah hari yang paling sedih dalam hidupku
Demi pertemuan kita ini adalah yang terakhir
Aku tak sanggup melihatkan kau pergi
Meniggalkan aku menahan kepedihan
Selama ini kita terlalu mesra
Tapi kau telah meracun hati dan fikiranku
Duniaku kini diseliputi mendung
Maka tersiksalah aku didalam kegelapan
Aku terpaksa melepaskan kau pergi
Demi diriku tak berharga lagi untukmu
Biarlah kuterima kenyataan ini… 

Harapan setinggi gunung
Berderai menjadi debu
Mengapakah kisah sedih
Yang selalu ku alami
Kupercaya padamu
Dengan sepenuh hatiku
Engkaulah cahaya
Penerang jalan hidup
Tapi kau permainkan ( hatiku luka )
Engkau sakitkan hatiku ( hatiku luka )
Sengaja kau bermesra
Dengan dia teman barumu
Apa daya ku ini
Engkau bebas membuat pilihan
Tak dapatku halang kau kau kau kau kau
Terhadap dalam cinta
hu… hu hu…
Hatiku luka kerna kau
Yang tak bertimbang rasa
Kulepaskan kau pergi
Asalkan kau bahagia ( hatiku luka )
Ketika kau melangkahkan kaki ( hatiku luka )
Jangan kau menoleh kepadaku
Ku tak sanggup ( hatiku luka )
Melihat kau berlalu ( hatiku luka )
Hatiku… Luka… Lagi…

Thursday, 26 December 2013

Repost: Tuhan, Izinkan Aku Kembali~


Dalam asyiknya dengkuran yang bergema,
Ada seorang hamba yang masih tegar berdiri,
Terkumat kamit mulutnya, lambat-lambat gerak bibirnya,
Matanya rapat dipejamkan,
sehingga ada air yang berlinang dikelopak matanya,
Aku memerhati dari jauh,
Entah mengapa aku ingin sekali memerhati dan memahami,
Apa yang sedang dia cuba lakukan,
Makin lama aku selami, rupa-rupanya dia adalah aku
Itu adalah aku yang cuba khusyuk,
Itu adalah aku yang cuba melupakan sekejap realiti ini,
Hanya pada saat ini saja,
Tetapi, jelas sekali aku masih gagal,
Kerna ada sesuatu yang mula berbisik di kedua belah telingaku,
Hati yang mula dijentik dengan pelbagai perasaan,
Aku lemas dalam lamunan,
Fikiranku semakin dibawa melayang jauh entah ke mana,
Jauh, sangat jauh..
Rupa-rupanya aku kini terpenjara dalam rasa sesalanku sendiri,
Aku melihat dosa-dosa semalam yang telah aku lukiskan,
Asyiknya aku bergelumang dengan dosa tika itu,
Tapi, pekatnya malam itu telah membuatkan aku tersungkur,
Aku rebah, aku menjadi resah, aku makin gelisah,
Tatkala aku meraba-raba dalam kegelapan itu,
Tiba-tiba, aku terdengar satu kalimah,
ALLAHUAKHBAR…
Aku terpana, aku terkesima,
Laungan azan yang berkemundang itu telah mengetuk pintu hatiku,
Entah dari mana datangnya kudrat untuk aku bangkit,
Cepat-cepat aku bangun,
Bangun untuk membersihkan diri aku ini,
Ingin aku buangkan semua palitan lumpur dosa dan noda yang menyelaputi,
Aku malu, kerana satu masa lalu
Aku turutkan hawa nafsu ku sehingga aku berpaling dari menerima cintaMu,
ALLAH..
Baru aku mengerti kini, bahawa sesungguhnya cintaMu itu terlalu agung,
cinta yang disandarkan padaMu tidak akan pernah sesekali menyakitkan,
dan malam ini, di tikar sejadah usang aku kini kembali,
kembali untuk aku mengubati kesakitan ini,
Tuhan berikan aku secebis keampunan dariMu,
Aku mohon, aku merayu dengan sepenuh pengharapan,
Masihkah ada tempat untuk aku kembali?
Dalam khayalan itu, aku terus melengkapkan rukuk dan sujudku,
Lantas tangan ku tadah, jiwaku berserah,
Dengan harapan yang penuh keinsafan, lalu hatiku berbicara,
Tuhan, izinkan aku kembali..


Saturday, 21 December 2013

Love Letter From Him :')

Alhamdulillah, hari Jumaat yang indah..
semalam merupakan hari terakhir pembelajaran di peringkat ne..
kelas yang terakhir, dan assignment yang terakhir jugak..



Kenangan untuk yang terakhir..pasti akan rindu nak nanti buat esaimen..



dan syukur, dipermudahkan urusan untuk pembelajaran kali ne, semester ne..
walau terkadang payah, selalu menyerah, tapi semua rasa itu telahpun ditelan..
dan diri percaya, ianya bakal menjadi kenangan yang paling indah kelak..
dalam hati mencari diri, dengan akal berusaha menjadi cekal, 
harapan semoga dicelikkan mata hati untuk terus mencari hikmah dalam setiap perkara yang payah..

dan alhamdulillah, syukur yang teramat,
sebab dibukakan hati untuk cuba berubah,
bukan menidakkan diri seperti dahulu, cuma berusaha ke arah yang lebih baik,
baik dari semalam, dan lebih baik daripada hari ini..
jujur terkadang resah, bilamana tidak mampu untuk istiqamah..
diri lagi sedang diuji, walaupun ujian yang datang hanyalah sekecil cuma..
"Allah, masih goyah imanku, masih sedikit pengetahuanku, bantulah aku" - monolog aku sendiri..

Dan, jujur diri terkesan, melihat satu 'post' pada suatu malam..



:: QURANIC CIRCLE, LOVE LETTER FROM HIM ::


Terima kasih Allah, atas kesempatan ini :)

hati terdetik, "Ya Allah, adakah sudah masanya untuk aku kembali?"
jujurnya diri ini takut, andaikata ini adalah panggilan Illahi, 
mengapa mesti diri angkuh untuk menjauhkan diri..
diri juga takut andai panggilan ini kelak tiada, 
bilamana diri ini amat mengharapkan peluang itu datang sekali lagi..
ah, ketepikan semua rasa, lantas fikiran teringat kata seorang teman..

"untuk berubah atau berbuat kebaikan, tidak pernah ada istilah terlewat"

Allah, diri ini sememangnya ingin kembali..
InsyaAllah janji ini pada diri, untuk menjadi baik berbanding semalam, 
dan lebih baik berbanding hari ini..
bukan ingin menunjukkan diri sebagai yang terbaik, 
cuma sekadar berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik.
semoga langkah ini menjadi titik permulaan untuk diri menempuh kehidupan yang 'baru'..







Urm mungkin seolah ada emosi disebalik ayat yang dicoret..
tapi jujur diri berkata tidak,
sebab hati ada rasa bahagia..
indah, *tersenyum*

dan masih ada perjalanan yang perlu disempurnakan,
makanya diri perlu meneruskan langkah..
tidak mengapa andai ada ujian yang menjengah :)
sebagai hamba, hanya padaNya diri berserah.

selamat malam semalam yang indah,
selamat pagi hari bahagia yang dinanti..

Assalamualaikum, buat diri sendiri :')



sebagai motivasi untuk diri :)

Thursday, 19 December 2013

Time is running out~

Credit to: http://longforsuccess.com/wordpress/wp-content/uploads/2010/12/TimeRunningOut.jpg

Esok bertarikh 20 Disember 2013..Oleh yang demikian, mulai esok, masa yang berbaki cuma tinggal 27 hari sahaja..Allah, permudahkanlah urusanku..


"...Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya..." [QS At-Talaq, 65: 2-3]


"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan" [QS Al-Fatihah, 1: 5]

Monday, 9 December 2013

Apa ya maknanya kalau begini?

kalau time-time busy, tiba-tiba muncul di sini, maknanya diri semakin hilang fokus la tu..
so untuk tidak terus menghadap kerja, tapi kerja tetap dalam keadaan statik,
walau sejam, dua jam, atau berjam-jam lamanya, maka baik la diri mengambil ruang dan waktu untuk menghelakan satu nafas yang panjang..

nafas yang panjang itu bukan bermakna diri mengeluh dengan keadaan tau..
tapi nafas ini dihelakan adalah bertujuan untuk membuat diri berasa lebih tenang..
eh, ini kan adalah salah satu teknik relaksasi dengan menggunakan pernafasan.

semua di atas bukan persoalan yang utama sebenarnya.
jauh sekali berkaitan dengan tajuk entri di atas.
cuma diri bertanya-tanya.
kalau kita tengok gambar seseorang, dan secara automatiknya air mata jatuh mencurah-curah
itu maknanya apa ya kalau begitu?
ada jawapan?
ada pengalaman?
harap ini bukan diri sahaja yang merasa..
pelik..aneh juga..
masih tertanya-tanya..tapi nak cari jawapan di mana ya?
sekian (confused)

Friday, 29 November 2013

November and December 2013 Blog Giveaway :)






Japanese hand-bound books
sape nak berpeluang dapat Japanese hand-bound books,


past tu, baca entri kat situ dan buat la pape yang patut seperti yang telah dinyatakan :) okay?

Saya sudah..anda bila lagi?? :)

Friday, 22 November 2013

Aku Ingin MencintaiMu =)


Tuhan betapa aku malu 
atas semua yang Kau beri padahal diriku 
terlalu sering membuatMU kecewa
entah mungkin karna ku terlena 
sementara Engkau beri aku kesempatan 
berulang kali agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia 
untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

aku ingin mencintaiMU

setulusnya, sebenar-benar aku cinta
dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

credit to: http://liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/3380/edcouctic-aku-ingin-mencintai-mu.html

Monday, 28 October 2013

Last Part: Aku, Dia & AIr Cond~

Mulai waktu ini, saat ini dan detik ini, aku akan dengan duniaku, dia dengan dunianya, dan air cond yang akan terus menjadi kenangan di antara aku dan dia. Selamat tinggal kenangan. Moga kita dipertemukan lagi suatu hari nanati andai masih ada nyawa untukku ketika itu. Pemergianku ini, aku akhiri dengan nota terakhir yang bakal mengiringi aku pergi meninggalkan semua cetera ini. Kepada dia, maafkan atas segala salah silap dan kekhilafanku selama ini. Terima kasih kerna pernah memberi ruang untuk aku mengenali semuanya. Mengajarku tentang semua pengertian. Sehinggakan kini, aku sudah mampu untuk mencari jawapan bagi setiap persoalan yang bakal aku pertemukan. Terima kasih untuk segala-galanya. Angin, sampaikan salam dariku istimewa untuk dirinya.

Buat dia dan air cond..
            
            Manisnya persahabatan itu
Bukan terletak pada kerapnya pertemuan
Atau manisnya kata-kata
Tetapi ingatan seseorang terhadap sahabatnya
Dalam setiap doanya
Di sini kita bertemu
Di sini kita berpisah
Kerana takdir kita dipertemukan
Kerana takdir kita bersama atas nama sahabat
Kerana takdir susah senang kita lalui bersama
Dan juga kerana takdir
Pertemuan kita disusuli dengan perpisahan
Namun bila takdir menentukan segala-galanya
Pertemuan ini hanyalah untuk seketika cuma
Dan aku percaya pada takdir
Setiap saat yang kita lalui
Akan memberi kenangan walaupun pahit...


TAMAT....

“A story should have a beginning, a middle, and an end... but not necessarily in that order.” 
―Jean-Luc Godard


Every Story Has An End Quote
credit to: http://quotez.co/every-story-has-an-end-movie-quotes/

credit to: www.123rf.com

Tuesday, 22 October 2013

Part 5: Aku, Dia & Air Cond~

Hari ini aku di sini. Aku bangun dengan duniaku yang baru. Bangkitku seolah-olah aku telah melepaskan mimpi-mimpi yang membawa aku jauh berfantasi. Kini aku telah kembali. Kembali menjadi diriku. Saat ini aku kembali mencari. Ruang untuk aku sendiri. Aku harapkan masih ada lagi sinar mentari untuk aku melihat hari esok. Aku masih lagi mencari. Andai ada kenangan indah untuk aku kenang dalam sanubariku. Hari ini adalah penentu semuanya. Pengakhiran semua jalan cerita. Habis sudah cerita indahku bersama dia dan air cond. Terlalu singkat bukan hidup ini, ibarat azan dan iqamah. Dalam kita tidak sedar, setiap yang berlaku sememangnya akan berakhir. Setiap yang kita lalui akan sampai ke penghujungnya. Dan setiap yang bukan milik kita akan kembali kepadaNya. Saat itu baru kita menyedari bahawa dunia ini hanyalah pinjaman untuk kita semata. Mungkin sudah masanya untuk aku memulangkan kepada yang menciptaNya. Sampai di sini sahaja kisah aku, dia dan air cond. Semoga semuanya menjadi memori terindah untuk aku. Setiap yang berlaku ini aku yakin akan ada hikmahnya. Tuhan, berikanlah aku kekuatan untuk aku menghadapi semua ini. Sedangkan apa yang berlaku ini adalah atas kehendakMu jua. Aku ini tidak lain tidak bukan hanyalah insan yang lemah, yang tidak mampu menanggung semuanya yang di luar kemampuanku. Peliharalah aku dari merasai kesedihan itu, dan bawalah dia jauh dari pandanganku.

Bersambung...

Wednesday, 21 August 2013

Part 4: Aku, Dia dan Air Cond~

Malam ini,
aku masih lagi sendiri,
sendiri dalam sepi,
dalam mencari erti mimpi...

Malam ini,
aku menanti,
menanti sesuatu,
yang hingga kini aku sendiri tidak mengerti,
pada siapa harus ku lemparkan senyuman ini....

Malam ini,
aku menyanyi,
dalam melodi itu ada rona rindu,
namun aku tidak tahu,
rinduku ini untuk siapa....

Malam ini,
jiwaku berbisik,
namun sehingga saat ini,
aku masih lagi tidak dapat mentafsir,
bisikan apa jiwaku kini.....

Malam ini,
aku menangis,
ada butir air mata dikelopak mataku,
aku sendiri masih kaku,
untuk apa tangisanku ini.....

Malam ini,
aku mencari,
mencari sesuatu yang aku cari,
sesuatu yang hilang,
namun aku masih lagi keliru,
antara yang nyata,
mahupun sekadar fantasiku semata....

Ke mana hilangnya....
diriku?
semangatku?
jiwaku?
hatiku?
cintaku?
rinduku?
senyumanku?
tangisku?
laguku?
mimpiku?
dan juga impianku?

Akhirnya kini..
aku mengerti sudah,
realiti hidup di dunia ini,
yang telahpun di atur sejak azali,
kebenaran yang telah pasti,
tidak semua yang indah itu,
selamanya milik kita.....

bersambung..