Sunday, 3 February 2013

Psikologi itu adalah....

Hari ne genap 2 minggu bercuti-cuti di rumah..
bila ada masa terluang dan lapang camne, xtau la nak buat apa..
nak bukak laptop pown tersangat la malas, so memang nampak sangat betul-betul xrajin..

tapi malam ne rasa nak cakap tentang bidang psikologi..
sebabnya, ramai yang tau secara umum,
dan ramai yang fikir, orang yang belajar psikologi tu mesti akan jadi kaunselor..
betul x? kalau x betul sila buat-buat angguk jugak.. *ini paksaan* ahakz..

lecture selalu cakap "psychology has a short history but a long past"
pening dan slalu je blur ble bukak cerita asal usul psikologi *-_-*
ringkasnya, "psikologi" ne sbnrnye berasal dari perkataan Greek
"psiko" yang bermaksud "minda",
dan "logi" bermaksud "pengkajian".
maka, psikologi = pengkajian tentang minda.

urm, semua maklumat dalam entri ne, dirujuk dalam buku lecture kesayangan.
antara pensyarah yang dikagumi dan beliau antara orang yang malim dalam bidang psikologi di Malaysia.

kalau nak tahu, dalam psikologi ne, ada lagi beberapa pecahan bidang psikologi yang lain. 
American Psychological Association (APA) da membahagikan bidang-bidang psikologi ne kepada 47 bahagian.
tapi kat Malaysia ne plak, ada dalam 9 bidang-bidang lain [Asmawati Desa, 2004]
nampak kan, masih banyak lagi bidang psikologi yang belum berkembang kat Malaysia ne..





Bidang-bidang Psikologi di Malaysia


untuk pengetahuan dalam bidang-bidang psikologi ne, setiap ahli-ahli psikologi akan mengkaji topik dan isu yang berbeza.
dan perbezaan yang paling ketara, dapat dilihat melalui cara mereka mengkaji dan menjelaskan tentang sesuatu tingkah laku [Carlson, 1993]. 

Contohnya camne, kalau nak tengok pembentukan personaliti seseorang individu, ada beberapa cara boleh digunakan untuk melihat perkara ne.
sebab ada sesetengah ahli psikologi akan melihat pembentukan personaliti tu dari aspek genetik atau nature individu, dan ada yang tengok dari aspek persekitaran atau lain-lain lagi. Semuanya berbalik semula kepada di bawah cabang bidang psikologi yang mana mereka ceburi.

urm, rasanya cukup je la untuk arine, untuk pengenalan setiap satu bidang tu, 
nanti sambung kat entri yang lain plak ye..bubublub2 :)

Rujukan: 
Asmawati Desa. 2004. Psikologi Untuk Golongan Profesional. Ed. 2. Kuala Lumpur:   McGraw-Hill.
Carlson, N.R. 1993. Psychology the Science of Behavior. Ed. 4. Boston: Allyn and Bacon.

Tuesday, 15 January 2013

untuk 3 hari :)


teruja?
mungkin..
takut?
sudah semestinya..
seumur hidup mungkin ne la kali ptama & kali terakhir ad exam cenggini..
maka,
mohon doakan saya, untuk 3 hari ne :)
semoga dipermudahkan semuanya~

*culas sekejap time exam..hikhik*

Right of choosing?

The wise man said "life is about making decisions" [MSH 2012]

bicara tentang hidup, pilihan memang sebahagian daripadanya..
sebahagian daripada hidup..
ah, tipulah jika ada di antara anda yang mengatakan tidak..
buktinya, semua yang kita lakukan dalam kehidupan seharian
menuntut kita untuk memilih tidak kurang daripada dua pilihan yang ada
bahkan bermula daripada lahirnya kita ke dunia
kita sudah memilih sama ada untuk hidup atau mati
bangun dari tidur juga, pilihan untuk terus bangun atau terus tidur
mungkin ada yang berkata, semua yang berlaku itu
adalah ketentuan yang sudah tertulis oleh PenciptaNya
akan tetapi, Tuhan juga memberikan kita sebuah akal fikiran
yang menjadikan kita lebih tinggi darjatnya daripada seisi alam
jika digunakan dan dimanfaatkan dengan baik
malah manusia diumpamakan lebih rendah kedudukannya
jika keadaan sebaliknya berlaku

nah..bukankah itu juga adalah satu pilihan buat setiap manusia itu
sama ada ingin menjadi yang terbaik atau sebaliknya?
makanya, setiap perkara yang berlaku sehari hari
yang kita lihat, yang kita dengar, yang kita faham, yang kita amati,
adakah wajar untuk kita menilai dan membuat pilihan yang mana lebih baik?
ataupun kita hanya menerima sahaja mana-mana pilihan?
dengan erti kata lain, ramai di antara kita seringkali beranggapan itu adalah pilihan yang paling selamat
walhal tanpa kita sedari, sebenarnya kita sendiri yang meletakkan diri dalam keadaan yang berisiko
hanya kerana tidak berani berhadapan dengan risiko dalam memilih..

jadi apakah solusinya?
di manakah cara kita?
yang mana pilihan kita?
menjadi seperti ini atau itu?
menjadi orang yang memilih pilihan ataupun pilihannya dipilihkan oleh orang lain?

 

tepuk dada sendiri..juga melihat diri berada di takuk yang mana.~

p/s: mahu menjadi orang yang jernih ataupun orang yang keladak? mahu menjadi insan yang positif ataupun  negatif? [Prof Muhaya, 2013]
 

Wednesday, 9 January 2013

Wordless Wednesday #1

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.  
[source: http://wiki.answers.com/Q/What_is_wordless_Wednesday]





klik2 : http://azlina-lin.blogspot.com/