Wednesday, 30 May 2012

semoga yang pahit itu bakal menjadi manis kelak~

Salam hujan tanpa payung~

rasa selesa sangat cuaca begini..
syukur  ke hadrat Illahi sebab mengurniakan hujan pagi ni..rahmat yang tak ternilai [alhamdulillah]

hari ni hari terakhir la ada buat perbentangan sebelum pengajian tamat.
tapi entah silap di mana tak dapt peluang utk buat yang terbaik..
nak marah pown xboleh sebab bukan dapat ubah apa2 pown kan..

tapi itulah, kadang2 pelik sesangat plus hairan dengan pelbagai sikap manusia yang tak pernah nak fikir tentang orang lain..
klu ye pown tak pernah fikirkan tentang dri sendiri, cuba la jangan jadi parasit yang membinasakan orang lain..
tak pernah terlintas nak marah2, apatah lagi mengungkit..
tapi ni soal sikap yang akan kita akan bawak sampai mati..
sikap itu cerminan diri kita..

tak ke sayang kalau kita sebenarnya bukan sebegitu, tapi dek kerana sikap yang kita tonjolkan
membuatkan orang menilai dan memberi persepsi yang salah terhadap diri kita
dalam hidup ini, kita ada satu je peluang dan kepercayaan yang orang bagi kat kita
kalau peluang yang satu itu pown kita da sia2kan, so u all fikir la sendiri ye..

entahlah, seakan sukar nak redha dgn apa yang da berlaku tadi..
rasa tak adil untuk diri.
tp mungkin ne ujian Tuhan untuk diri ini..
cuba mencari hikmah dan teruskan mencari hikmah dalam setiap perkara yang berlaku
harapnya dapat la mendidik hati dan mendisiplinkan minda untuk sentiasa positif

cuma di sini ada harapan,
semoga coretan ni menjadi ingatan buat diri sendiri yang selalu lupa
buat teman2, andaikata anda semua sahabat yang baik, mesti anda mampu fikirkan apa yang teman anda akan rasa dengan sikap anda
cuba lah belajar, untuk memakai kasut orang lain
kalau sakit, maka begitulah orang lain rasa jika mereka ditempat anda

semoga hujan dan cuaca yang dingin ini mampu menyejukkan dan menenangkan hati ini..

ketenangan yang dinanti~
  
Tuhan, aku mohon~

bukankah bagaimana hubungan kita sesama manusia menggambarkan juga bagaimana  hubungan kita dengan sang Pencipta?



Tuesday, 29 May 2012

Sua Madah: PMS 2012: Tuhan, Izinkan Aku Kembali

Sua Madah: PMS 2012: Tuhan, Izinkan Aku Kembali  : Dalam asyiknya dengkuran yang bergema, Ada seorang hamba yang masih tegar berdiri, Terkumat kamit mulutnya, lambat-lambat gerak bibirny...

Monday, 28 May 2012

Jadikan aku insan tanpa nama~

aku bercinta denganmu
hanya di dalam mindaku sahaja
aku berkasih denganmu
hanya di dalam hatiku seorang sahaja
aku membelai dirimu
hanya melalui angin yang berpuput itu
persis apa cintaku ini
hanya aku seorang sahaja yang rasa
aku melihat kamu
hanya dari alam maya itu
lalu aku menghancurkan hati ini
hanya kerana sepi yang terasa
aku rindu kamu
aku cinta kamu
walau tiada aku
antara kamu dan dia
jangan palingkan dirimu
jangan ulangi kata-kata dulu
jangan pernah sakiti aku
karma apakah untukku ini
apa salahku
apa dosaku
ampunkan aku
cuma itu pintaku
tolong aku?
tolonglah aku
jadikan aku ini kembali
sebagai insan yang tak pernah punya nama~

Tuesday, 22 May 2012

tajuk bebas~

Sepatutnya malam ni nak buat kerja sekolah..maksudnya assignment la..
tapi terasa mood tak sampai pulak..kisahnya tu yang menyinggah kat sini..
lama da tak meluah atau terluah kat sini..konon2 macam bz [tp hakikatnya betul ya]

hari ni sekali lagi aku mjadi pencuri masa..7 jam beb habis camtu je..
dok lepak dgn member..dari lepas zohor smpai la ke isyak..nasib baik tak sambung sampai ke subuh..sudah~

tapi aku tak boleh gak nak pandang masa yang berlalu tu dgn penuh rasa menyesal dan rasa nk hantuk kepala laju2 kat dinding..aku cuba ubah pandangan tu kat perspektif yang lebih positif..
tengok balik apa2 pengalaman yang aku boleh kutip untuk jadikan sempadan dan pengalaman dalam hidup aku kelak..

hasil analisis yang aku da buat [bukan analisis regresi yang aku masih fail buat ye]
aku mendapati aku dapat blaja mcm mana aku nk hadapi dgn pelbagai ragam manusia yang pelbagai..
almaklum la..insan sebidang cam aku ne orang akan expect kami mampu membuat begini dan begitu..
menyelesaikan, membantu, membimbing, meringankan beban, mengurangkan tekanan dan sebagainya dengan pelbagai cara yang begini dan begitu..tapi hakikatnya : kami juga seperti anda yang masih lagi terkedek2 belajar. jadi pelan2 kami hadam ye masalah anda~

bersyukur atas cerita dan permasalahan yang teman aku luahkan kat aku..
yes aku sentiasa sudi untuk menjadi pendengar yang baik sebab aku tahu kadang2 aku gagal jadi penasihat yang baik..tapi bukankah itu lebih baik?

dari apa ceritanya tadi, mungkin kadang2 orang akan melihat masalah itu hanyalah sekecil zahrah cuma..tapi tahukah anda, sekecil2 masalah itulah yang boleh menjadi faktor tercetusnya tekanan atau stress jika tidak dibuang atau diubati sebab ia boleh jadi duri dalam daging..lagi2 kalau anda ne jenis orang yang makan dalam..

sekurang2nya aku dapat blaja dari pengalaman dia..tanpa perlu aku menghadapi masalah sepertinya..jadi nampak bukan, kadang2 lebih baik kita belajar dari pengalaman orang lain daripada pengalaman yang kita alami sendiri. kenapa mesti kita ulang kesilapan yang sama jika kita da tahu mana silap yang dulu kawan kita pernah lalui..

pelajaran kedua yang dapat aku pelajari lagi, macam mana kita nak bertahan untuk masa yang lama tanpa menunjukkan sebarang emosi yang tak sepatutnya.. dalam erti kata yang lain, aku berjaya memakai topeng untuk menjadi pendengar yang baik.. aku berjaya belajar dari kesusahan yang orang lain alami dan aku berharap aku da dapat membantu kawan aku melepaskan apa yang terpendam dalam hati dia..

sian la..lebih2 kalau bab2 sal kawan memang aku akan rasa bertanggungjawab ke atas mereka..

jadi kat sini, cuma nk mengingatkan diri aku yang mudah lupa, kalau berlaku sebarang perkara yang kita tak rancang untuk berlaku, jangan sesekali kita nak mengeluh atau menyalahkan itu dan ini..
tapi cuba kita cari hikmah atas semua perkara yang berlaku..lihat dari perspektif yang positif.. melihat dari sudut yang luar biasa dari kebiasaan. pasti kita akan jumpa sesuatu yang lebih baik dari apa yang mampu kita duga..

ikhlas kan hati..yakin bahawa Allah itu Maha Adil..pasti kita akan sentiasa ingat hakikat dan fitrah diri kita..dan kita akan jadi lebih tenang,,

cukuplah perkongsian pagi ni..ingin kembali kepada fitrah..
selamat bertesis kawan2..walau xmudah tapi ia juga mungkin  tak susah selagi kita teruskan berusaha..
insyallah Allah sentiasa ada untuk kita..

kita diuji kerna tanda kasih dan sayangnya Allah kepada kita..betapa indahnya kerna kita ini masih lagi menjadi hamba yang dipandang olehNya untuk terus diuji~ 

syukur Ya Tuhan atas nikmat ini..alhamdulillah~

Thursday, 15 March 2012

untitled~

nothing in life is to be feared
it is only to be understood
now is the time to understand more
so that we may fear less~ [mariecurie]

tugasan setiap minggu bukan perkara mudah yang perlu dipandang remeh
dan untuk itu aku berusaha sebaik mungkin untuk menghasilkan yang terbaik
setiap minggu kerja disiapkan seriously last minutes..
aiseh..tp nk buat macam mane..
serius kekeringan dan kekontangan idea..
cam mlm ne jugak masih lagi dengan page word yang suci..
sedangkan jam jelas menunjukkan tepat 1230 malam
esok kelas jam 11 pagi
kiranya masih ada beberapa jam lagi sebelum ke kelas
sempatkah?
hati tertanya..namun mulut tak lagi mampu berkata
tatkala jasadku masih lagi di alam maya
bertemankan jari jemari yang pantas mengikut gerak apa yang diarahkan oleh minda
 
aku sedar mengapa terjadinya sebegini rupa
ah persetankan saja..bentakku
tapi siapa aku untuk membohongi diri ku sendiri
hati yang masih lagi terluka
ada garis titisan air di kelopak mata
jiwa semakin lara
oh sedar tidak sedar
sudah 5 hari aku tanpanya
 
kadangkala terasa kuat
kadangkala terasa lemah
semalam juga dapat perkhabaran gembira dari abang
ingin bertunang katanya
tahniah..itulah ayat yang mampu ku ungkapkan
tetapi..itu lebih baik bukan
daripada menghilang tanpa sebarang jejak
dalam ruang itu ada kekosongan
dalam kekosongan itu ada kesunyian
dan untuk itu
aku rindu
 
Tuhan
dekatkan aku denganMu
aku amat merinduiMu..


Monday, 5 March 2012

terima kasih

fes skali nk ucapkan terima kasih kt http://aida189.blogspot.com
sebab menggerakkan hati untuk menulis lagi
ske bace penulisan dia..
simple tapi sarat dengan perasaan
senyum ketawa sedih ikhlas kasih sayang segala2nya ada di dalam penulisannya
berbakat besar si dia..bertuah atas kelebihan yang dikurniakan olehNya

tidak lupa juga buat si dia teman baik yang selalu ada waktu susah dan senang
xpernah kisah walaupun cinta xberbalas
xpernah ungkit hati yang sakit
xpernah mengeluh untuk jiwa yang luruh
semoga Allah menciptakan bidadari indah untuk anda

saya?
saya masih lagi begini..
tapi saya tidak lagi mahu menanti..
bencinye dengar ayat yang mnyatakan tatkala 'biarlah takdir yang menentukan segalanya'
kalau berserah tanpa usaha apalah maknanya bukan?
saya da dewasa..semakin dewasa..
biarlah saya terluka sekarang
tapi bukan esok atau selamanya2
mungkin semalam saya ingin jadi kekasih awak
mungkin hari ini saya ingin jadi kekasih awak
tapi untuk hari esok
saya tidak lagi mahu jadi kekasih awak
kerana apa?
hati saya milik saya
hati saya milik Tuhan
kerana apa?
saya tidak mencari insan yang sempurna untuk saya
asalkan dia mampu terima apa adanya saya
menerima cinta saya tanpa syarat
menerima diri saya tanpa keraguan
mampu menjadi sahabat saya yang paling baik
yang paling utama
xpernah rasa menyesal untuk mengenali saya

dan untuk itu
terima kasih Tuhan
kerana bangunkan aku dari lena yang panjang
bukan esok atau lusa
tetapi hari ini
dan untuk itu Tuhan
aku kini datang
aku yang ingin kembali

terima kasih Tuhan~

Wednesday, 22 February 2012

baru saya faham~

semakin hari kan..saya rasa semakin takut..
takut dengan masa yang akan datang..begitu juga dengan hari esok yang saya sentiasa rasai debarannya..
kenapa ya?
saya sendiri tidak pasti..
saya takut sangat akan kehilangan..
kehilangan segala apa yang saya miliki hari ini..
itu belum termasuk lagi dengan apa yang telah saya pun kehilangan..
kenangan yang masih lagi bersisa..
entahlah..
saya sedaya upaya saya ingin menjadi diri saya yang lebih dewasa..
tapi saya tiada banyak kawan..
kawan senyum mungkinlah..
tapi kawan rapat?
bila semua sudah bawa haluan masing-masing saya sungguh berasa terasing..
saya bari sedar bahawa begitu asing sekali kewujudan saya di sini..
pergi makan pun sorang2..
kadang-kadang saya tak pernah kesah apa yang saya pakai..
dalam hati saya seringkali berkata 'bukan ada orang kenal aku pun'
lalu saya pun menjadi diri saya sekarang..
sunyinya diri saya..
bila tiada lagi yang sudi menjadi kawan baik saya..
kenapa ya?
apa dosa saya?
Tuhan..saya mohon jangan pernah tiinggalkan saya tau..
nanti saya takut..
hidup sendirian..
tapi saya tahu..Allah juga yang tak pernah tinggalkan aku..
terima kasih Tuhan..
 

Friday, 3 February 2012

Sentiasalah berlapang dada~

salam penuh kerinduan buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w..
bersyukur kerana diberi peluang untuk mengucapkan syukur dan selawat ke atas Baginda..
terima kasih Tuhan atas gerakan hati yang kau berikan padaku ini..
selamat menyambut Maulidur rasul lagi untuk tahun ini..semoga kita dipertemukan lagi di tahun2 yang akan datang..[amin..hendaknya]

pg ne sengaja nk letak tajuk entri cmtu..
SENTIASALAH BERLAPANG DADA..
agak2 knp ek?
ap ketran dgn sume ne..
sbnrnye xde pape ketan pown..juz saje nk sedapkan hati dan perasaan sy..
sedaya yang boleh sy ingin skali nk berubah menjadi yg terbaik dr hari semalam..
sy nk sy menjadi dri sy yang lebih baik drp dri saya y smlm..
dan untuk itu..saya kenalah sentiasa berlapang dada..

sebab pernah x sume owg sedar yang kebanyakan kita sentiasa dan xterlepas dari rasa prasangka kt owg len..
sbg cth ble kte g mne2 tgk owg cun sket mst nk bndingkn dgn dri kte..
beli ap sket mst nk bandingkan dgn owg len..
ble tgk owg plek sket mst nk terdetik smthing kt hati..
oh byknye bisikan2 y xsepatotnye..
knp kte xcuba nk mngurangkannya? wlupun kte sedar y kte sukar untuk mengelaknye..
klu untuk kebaikan yeah mmg sangat2 dialu2kan..
tp klu y sebaliknya?
sendiri kita kne ingat la kn..

bukan terniat nk mngata atau mencela..sekadar renungan diri untuk dikongsi bersama..
niat 2 perkara pertama yang akan menentukan apa tindakan kita seterusnya..
oleh yang demikian,,
teruskan niat yang baik2 belaka..jangan buruk sangka,,dan sentiasalah berlapang dada..
dengan itu pasti ada senyuman dipenghujungnya..


Monday, 23 January 2012

Selamat Tahun Baru Cina~

heyho!! [pinjam trademark kak feeya]

nak wish selamat tahun baru cina je sbnernye..utk sume owg kt malaysia ne..berbangga rsenye ble jd rakyat 1 Malaysia..ahakz..[xde ketan dgn hal2 politik okay]
so how kowg nye cuti ksem kali ne?best ke x?g melancong mne je?
urm pape pun juz nk share pengalaman semalam g picnic kt BAGAN LALANG, SEPANG..
bagan lalang okay bukan bagan datok..erk?
tetiba plak bley teringat kat satu lagi bagan iaitu bagan nakhoda omar (BNO)..
2 pown best jugak..hee..maybe shaye mmg ske g bagan2 je kowt..
bdw juz nk ckp yang semalam g cari ketam [konon2 la]
tp dpt anak ketam yang sangat2 la small saiznye..lebih kurang duit 20sen je..ishk3..
panggang pown xlepas..ne plak nk telan lg ar xterasa dek anak tekak..
last2 g beralih arah cari ikan..last2 dpt anak ikan je la..pown kecik2 gak..[mcm ikan bilis]
last2 dpr ushar ikan tembakul n belangkas je..
tp pengalaman lepak kt tengah2 laut semasa air surut mmg best wo!!
tenang dan mndamaikan..SUBHANALLAH..sangat indah dan menakjubkan..

perkara yang dapat shaye balaja semalam adalah: kita xkn pernah jemu dengan nikmat yang tuhan berikan kepada kita walaupun kita sentiasa melaluinya ulang dan berulang kali..dengan kata lain..kenapa kita xpernah jemu dengan sesuatu yang diciptakan oleh Allah tapi kita seringkali mudah jemu dengan sesuatu yang diciptakan oleh manusia {cth cam ipad ke ap2 la brg y ad kt alam semesta ne]..urm pernah ke kita memikirkannya mengapa??

sekadar coretan rasa luahan jiwa..sesungguhnya tulip itu adalah aku~

Wednesday, 18 January 2012

Istikharah cinta~

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu 

Di istikharah cinta


p/s: terima kasih Tuhan..