Thursday, 18 October 2012

Diskriminasi??

orang cakap, guru yang paling baik adalah pengalaman..
dan untuk itu, cerita hari ini adalah berdasarkan pengalaman yang da dilalui..
pengalaman secara fizikal & pengalaman menggunakan deria yang ada..

diskriminasi??
apa kaitan dengan pengalaman?
urm okay..ne kisah pengalaman naik dan turun bas ke kelas..
pemerhatian yang di buat mendapati: berlaku diskriminasi semasa dalam bas..

kenapa?
sebab selalu tengok student lelaki yang memang akan berdiri..
walhal mereka ada hak jugak untuk duduk di kerusi..
kenapa mereka selalu difikirkan perlu mengalah & korbankan kerusi yang ada?
yeah..mungkin sebab ada yang berkata mereka itu seorang l.e.l.a.k.i
mungkin dilihat sebagai macho kalau bagi girl seat mereka..
tapi, mereka tetap sama kan macam saya, awak, dan mereka?

kasihan kadang-kadang melihat..
lelaki ke perempuan ke, tetap merasakan rasa PENAT yang sama..
betul tak?

 
credit to: zaphenz.blogspot.com


credit to: sakurada-memories.blogspot.com

  


"teringat pula masa hampir pitam di dalam bas, tapi tiada siapa yang nak tolong..tu dalam kalangan sesama rakan-rakan yang dikatakan pelajar yang terpelajar..kalau berada di luar sana, bagaimana ya??" 

Thursday, 11 October 2012

Budaya Menderma Darah~

Bila cakap tentang menderma darah je, mesti ramai orang yang takut..
boleh tak klu nak cakap terutamanya "gurl" & "boy", male & female?
tapi sepanjang 3 tahun belajar, plus 23 tahun hidup kat dunia ne..
itulah yang dapat diperhatikan..
senang cerita semua jantina pun same..
tidak mahu ye ad unsur BIAS terutamanya bias dalam mempersoalkan tentang GENDER..

kadang-kadang pelik kenapa ramai tidak mahu menderma darah..
sedangkan kalau kita lihat banyak kebaikan yang kita boleh dapat..
yakni kebaikan dari segi kesihatan..
klik je di G.O.O.G.L.E, banyak maklumat kita boleh dapat tentang faedah ni
bukan kena bayar apa2, sekadar membantu golongan yang memerlukan..
mungkin hari ini hari mereka, siapa tahu esok, lusa, tulat, tubin hari kita
or ahli keluarga kita, siapa tahu bukan?

jadi kenapa tidak mendidik diri untuk membudayakan sifat ini
tidak perlu takut..senang cerita, tidak sakit pun..
malah, macam satu kepuasan bila dapat menderma..*tak tahu nak ekspresikan cmne dalam bentuk ayat*
yang pasti..perasaan tu sangat2 best..
xpercaya??
cubalah..

untuk itu, selamat menderma darah ye..mulakan dengan tindakan..
jangan tunggu esok, tapi lakukanlah dari sekarang :)
saya sudah, anda bila lagi?

  

Monday, 8 October 2012

niat vs. emosi~

nawaitu a.k.a niat. malam ne nak sangat menghadam sesuatu yang perlu di hadam..
tapi kan...
emosi malam ne plak bertentangan dengan niat tu..
makanya dengan itu, 
percanggahan yang berlaku itu akhirnya telah menimbulkan konflik dalam diri ne..
last2 malam ne waktu2 yang berlalu tu hanya mampu dipandang sepi..
selalu rasa macam ne..kadang2 jugak la..
urm kalau berhadapan dengan masalah ne ari2, mati la jawabnya..
urm cuba nak berfikir sekejap..
[lame2 mungkin jugak]
esok tak boleh nak menjadi seperti hari ini..
jadi makanya..
esok kena la menjadi lebih baik..
untuk itu..
kena mencari penyelesaian yang terbaik..
nak cari kat mana??
semua jawapan ada di dalam hati *kowt*

credit to: heaton1138.wordpress.com
  
credit to: percolationsbyashlex.blogspot.com
  




emosi, mohon jangan bercanggah lagi ye..datangkan dengan emosi yang indah2 je..
harap & berharap :)