Monday 28 October 2013

Last Part: Aku, Dia & AIr Cond~

Mulai waktu ini, saat ini dan detik ini, aku akan dengan duniaku, dia dengan dunianya, dan air cond yang akan terus menjadi kenangan di antara aku dan dia. Selamat tinggal kenangan. Moga kita dipertemukan lagi suatu hari nanati andai masih ada nyawa untukku ketika itu. Pemergianku ini, aku akhiri dengan nota terakhir yang bakal mengiringi aku pergi meninggalkan semua cetera ini. Kepada dia, maafkan atas segala salah silap dan kekhilafanku selama ini. Terima kasih kerna pernah memberi ruang untuk aku mengenali semuanya. Mengajarku tentang semua pengertian. Sehinggakan kini, aku sudah mampu untuk mencari jawapan bagi setiap persoalan yang bakal aku pertemukan. Terima kasih untuk segala-galanya. Angin, sampaikan salam dariku istimewa untuk dirinya.

Buat dia dan air cond..
            
            Manisnya persahabatan itu
Bukan terletak pada kerapnya pertemuan
Atau manisnya kata-kata
Tetapi ingatan seseorang terhadap sahabatnya
Dalam setiap doanya
Di sini kita bertemu
Di sini kita berpisah
Kerana takdir kita dipertemukan
Kerana takdir kita bersama atas nama sahabat
Kerana takdir susah senang kita lalui bersama
Dan juga kerana takdir
Pertemuan kita disusuli dengan perpisahan
Namun bila takdir menentukan segala-galanya
Pertemuan ini hanyalah untuk seketika cuma
Dan aku percaya pada takdir
Setiap saat yang kita lalui
Akan memberi kenangan walaupun pahit...


TAMAT....

A story should have a beginning, a middle, and an end... but not necessarily in that order.” 
Jean-Luc Godard


Every Story Has An End Quote
credit to: http://quotez.co/every-story-has-an-end-movie-quotes/

credit to: www.123rf.com

Tuesday 22 October 2013

Part 5: Aku, Dia & Air Cond~

Hari ini aku di sini. Aku bangun dengan duniaku yang baru. Bangkitku seolah-olah aku telah melepaskan mimpi-mimpi yang membawa aku jauh berfantasi. Kini aku telah kembali. Kembali menjadi diriku. Saat ini aku kembali mencari. Ruang untuk aku sendiri. Aku harapkan masih ada lagi sinar mentari untuk aku melihat hari esok. Aku masih lagi mencari. Andai ada kenangan indah untuk aku kenang dalam sanubariku. Hari ini adalah penentu semuanya. Pengakhiran semua jalan cerita. Habis sudah cerita indahku bersama dia dan air cond. Terlalu singkat bukan hidup ini, ibarat azan dan iqamah. Dalam kita tidak sedar, setiap yang berlaku sememangnya akan berakhir. Setiap yang kita lalui akan sampai ke penghujungnya. Dan setiap yang bukan milik kita akan kembali kepadaNya. Saat itu baru kita menyedari bahawa dunia ini hanyalah pinjaman untuk kita semata. Mungkin sudah masanya untuk aku memulangkan kepada yang menciptaNya. Sampai di sini sahaja kisah aku, dia dan air cond. Semoga semuanya menjadi memori terindah untuk aku. Setiap yang berlaku ini aku yakin akan ada hikmahnya. Tuhan, berikanlah aku kekuatan untuk aku menghadapi semua ini. Sedangkan apa yang berlaku ini adalah atas kehendakMu jua. Aku ini tidak lain tidak bukan hanyalah insan yang lemah, yang tidak mampu menanggung semuanya yang di luar kemampuanku. Peliharalah aku dari merasai kesedihan itu, dan bawalah dia jauh dari pandanganku.

Bersambung...