Tuesday, 22 October 2013

Part 5: Aku, Dia & Air Cond~

Hari ini aku di sini. Aku bangun dengan duniaku yang baru. Bangkitku seolah-olah aku telah melepaskan mimpi-mimpi yang membawa aku jauh berfantasi. Kini aku telah kembali. Kembali menjadi diriku. Saat ini aku kembali mencari. Ruang untuk aku sendiri. Aku harapkan masih ada lagi sinar mentari untuk aku melihat hari esok. Aku masih lagi mencari. Andai ada kenangan indah untuk aku kenang dalam sanubariku. Hari ini adalah penentu semuanya. Pengakhiran semua jalan cerita. Habis sudah cerita indahku bersama dia dan air cond. Terlalu singkat bukan hidup ini, ibarat azan dan iqamah. Dalam kita tidak sedar, setiap yang berlaku sememangnya akan berakhir. Setiap yang kita lalui akan sampai ke penghujungnya. Dan setiap yang bukan milik kita akan kembali kepadaNya. Saat itu baru kita menyedari bahawa dunia ini hanyalah pinjaman untuk kita semata. Mungkin sudah masanya untuk aku memulangkan kepada yang menciptaNya. Sampai di sini sahaja kisah aku, dia dan air cond. Semoga semuanya menjadi memori terindah untuk aku. Setiap yang berlaku ini aku yakin akan ada hikmahnya. Tuhan, berikanlah aku kekuatan untuk aku menghadapi semua ini. Sedangkan apa yang berlaku ini adalah atas kehendakMu jua. Aku ini tidak lain tidak bukan hanyalah insan yang lemah, yang tidak mampu menanggung semuanya yang di luar kemampuanku. Peliharalah aku dari merasai kesedihan itu, dan bawalah dia jauh dari pandanganku.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment