Thursday 26 December 2013

Repost: Tuhan, Izinkan Aku Kembali~


Dalam asyiknya dengkuran yang bergema,
Ada seorang hamba yang masih tegar berdiri,
Terkumat kamit mulutnya, lambat-lambat gerak bibirnya,
Matanya rapat dipejamkan,
sehingga ada air yang berlinang dikelopak matanya,
Aku memerhati dari jauh,
Entah mengapa aku ingin sekali memerhati dan memahami,
Apa yang sedang dia cuba lakukan,
Makin lama aku selami, rupa-rupanya dia adalah aku
Itu adalah aku yang cuba khusyuk,
Itu adalah aku yang cuba melupakan sekejap realiti ini,
Hanya pada saat ini saja,
Tetapi, jelas sekali aku masih gagal,
Kerna ada sesuatu yang mula berbisik di kedua belah telingaku,
Hati yang mula dijentik dengan pelbagai perasaan,
Aku lemas dalam lamunan,
Fikiranku semakin dibawa melayang jauh entah ke mana,
Jauh, sangat jauh..
Rupa-rupanya aku kini terpenjara dalam rasa sesalanku sendiri,
Aku melihat dosa-dosa semalam yang telah aku lukiskan,
Asyiknya aku bergelumang dengan dosa tika itu,
Tapi, pekatnya malam itu telah membuatkan aku tersungkur,
Aku rebah, aku menjadi resah, aku makin gelisah,
Tatkala aku meraba-raba dalam kegelapan itu,
Tiba-tiba, aku terdengar satu kalimah,
ALLAHUAKHBAR…
Aku terpana, aku terkesima,
Laungan azan yang berkemundang itu telah mengetuk pintu hatiku,
Entah dari mana datangnya kudrat untuk aku bangkit,
Cepat-cepat aku bangun,
Bangun untuk membersihkan diri aku ini,
Ingin aku buangkan semua palitan lumpur dosa dan noda yang menyelaputi,
Aku malu, kerana satu masa lalu
Aku turutkan hawa nafsu ku sehingga aku berpaling dari menerima cintaMu,
ALLAH..
Baru aku mengerti kini, bahawa sesungguhnya cintaMu itu terlalu agung,
cinta yang disandarkan padaMu tidak akan pernah sesekali menyakitkan,
dan malam ini, di tikar sejadah usang aku kini kembali,
kembali untuk aku mengubati kesakitan ini,
Tuhan berikan aku secebis keampunan dariMu,
Aku mohon, aku merayu dengan sepenuh pengharapan,
Masihkah ada tempat untuk aku kembali?
Dalam khayalan itu, aku terus melengkapkan rukuk dan sujudku,
Lantas tangan ku tadah, jiwaku berserah,
Dengan harapan yang penuh keinsafan, lalu hatiku berbicara,
Tuhan, izinkan aku kembali..


Saturday 21 December 2013

Love Letter From Him :')

Alhamdulillah, hari Jumaat yang indah..
semalam merupakan hari terakhir pembelajaran di peringkat ne..
kelas yang terakhir, dan assignment yang terakhir jugak..



Kenangan untuk yang terakhir..pasti akan rindu nak nanti buat esaimen..



dan syukur, dipermudahkan urusan untuk pembelajaran kali ne, semester ne..
walau terkadang payah, selalu menyerah, tapi semua rasa itu telahpun ditelan..
dan diri percaya, ianya bakal menjadi kenangan yang paling indah kelak..
dalam hati mencari diri, dengan akal berusaha menjadi cekal, 
harapan semoga dicelikkan mata hati untuk terus mencari hikmah dalam setiap perkara yang payah..

dan alhamdulillah, syukur yang teramat,
sebab dibukakan hati untuk cuba berubah,
bukan menidakkan diri seperti dahulu, cuma berusaha ke arah yang lebih baik,
baik dari semalam, dan lebih baik daripada hari ini..
jujur terkadang resah, bilamana tidak mampu untuk istiqamah..
diri lagi sedang diuji, walaupun ujian yang datang hanyalah sekecil cuma..
"Allah, masih goyah imanku, masih sedikit pengetahuanku, bantulah aku" - monolog aku sendiri..

Dan, jujur diri terkesan, melihat satu 'post' pada suatu malam..



:: QURANIC CIRCLE, LOVE LETTER FROM HIM ::


Terima kasih Allah, atas kesempatan ini :)

hati terdetik, "Ya Allah, adakah sudah masanya untuk aku kembali?"
jujurnya diri ini takut, andaikata ini adalah panggilan Illahi, 
mengapa mesti diri angkuh untuk menjauhkan diri..
diri juga takut andai panggilan ini kelak tiada, 
bilamana diri ini amat mengharapkan peluang itu datang sekali lagi..
ah, ketepikan semua rasa, lantas fikiran teringat kata seorang teman..

"untuk berubah atau berbuat kebaikan, tidak pernah ada istilah terlewat"

Allah, diri ini sememangnya ingin kembali..
InsyaAllah janji ini pada diri, untuk menjadi baik berbanding semalam, 
dan lebih baik berbanding hari ini..
bukan ingin menunjukkan diri sebagai yang terbaik, 
cuma sekadar berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik.
semoga langkah ini menjadi titik permulaan untuk diri menempuh kehidupan yang 'baru'..







Urm mungkin seolah ada emosi disebalik ayat yang dicoret..
tapi jujur diri berkata tidak,
sebab hati ada rasa bahagia..
indah, *tersenyum*

dan masih ada perjalanan yang perlu disempurnakan,
makanya diri perlu meneruskan langkah..
tidak mengapa andai ada ujian yang menjengah :)
sebagai hamba, hanya padaNya diri berserah.

selamat malam semalam yang indah,
selamat pagi hari bahagia yang dinanti..

Assalamualaikum, buat diri sendiri :')



sebagai motivasi untuk diri :)

Thursday 19 December 2013

Time is running out~

Credit to: http://longforsuccess.com/wordpress/wp-content/uploads/2010/12/TimeRunningOut.jpg

Esok bertarikh 20 Disember 2013..Oleh yang demikian, mulai esok, masa yang berbaki cuma tinggal 27 hari sahaja..Allah, permudahkanlah urusanku..


"...Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya..." [QS At-Talaq, 65: 2-3]


"Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan" [QS Al-Fatihah, 1: 5]

Monday 9 December 2013

Apa ya maknanya kalau begini?

kalau time-time busy, tiba-tiba muncul di sini, maknanya diri semakin hilang fokus la tu..
so untuk tidak terus menghadap kerja, tapi kerja tetap dalam keadaan statik,
walau sejam, dua jam, atau berjam-jam lamanya, maka baik la diri mengambil ruang dan waktu untuk menghelakan satu nafas yang panjang..

nafas yang panjang itu bukan bermakna diri mengeluh dengan keadaan tau..
tapi nafas ini dihelakan adalah bertujuan untuk membuat diri berasa lebih tenang..
eh, ini kan adalah salah satu teknik relaksasi dengan menggunakan pernafasan.

semua di atas bukan persoalan yang utama sebenarnya.
jauh sekali berkaitan dengan tajuk entri di atas.
cuma diri bertanya-tanya.
kalau kita tengok gambar seseorang, dan secara automatiknya air mata jatuh mencurah-curah
itu maknanya apa ya kalau begitu?
ada jawapan?
ada pengalaman?
harap ini bukan diri sahaja yang merasa..
pelik..aneh juga..
masih tertanya-tanya..tapi nak cari jawapan di mana ya?
sekian (confused)