Thursday, 26 December 2013

Repost: Tuhan, Izinkan Aku Kembali~


Dalam asyiknya dengkuran yang bergema,
Ada seorang hamba yang masih tegar berdiri,
Terkumat kamit mulutnya, lambat-lambat gerak bibirnya,
Matanya rapat dipejamkan,
sehingga ada air yang berlinang dikelopak matanya,
Aku memerhati dari jauh,
Entah mengapa aku ingin sekali memerhati dan memahami,
Apa yang sedang dia cuba lakukan,
Makin lama aku selami, rupa-rupanya dia adalah aku
Itu adalah aku yang cuba khusyuk,
Itu adalah aku yang cuba melupakan sekejap realiti ini,
Hanya pada saat ini saja,
Tetapi, jelas sekali aku masih gagal,
Kerna ada sesuatu yang mula berbisik di kedua belah telingaku,
Hati yang mula dijentik dengan pelbagai perasaan,
Aku lemas dalam lamunan,
Fikiranku semakin dibawa melayang jauh entah ke mana,
Jauh, sangat jauh..
Rupa-rupanya aku kini terpenjara dalam rasa sesalanku sendiri,
Aku melihat dosa-dosa semalam yang telah aku lukiskan,
Asyiknya aku bergelumang dengan dosa tika itu,
Tapi, pekatnya malam itu telah membuatkan aku tersungkur,
Aku rebah, aku menjadi resah, aku makin gelisah,
Tatkala aku meraba-raba dalam kegelapan itu,
Tiba-tiba, aku terdengar satu kalimah,
ALLAHUAKHBAR…
Aku terpana, aku terkesima,
Laungan azan yang berkemundang itu telah mengetuk pintu hatiku,
Entah dari mana datangnya kudrat untuk aku bangkit,
Cepat-cepat aku bangun,
Bangun untuk membersihkan diri aku ini,
Ingin aku buangkan semua palitan lumpur dosa dan noda yang menyelaputi,
Aku malu, kerana satu masa lalu
Aku turutkan hawa nafsu ku sehingga aku berpaling dari menerima cintaMu,
ALLAH..
Baru aku mengerti kini, bahawa sesungguhnya cintaMu itu terlalu agung,
cinta yang disandarkan padaMu tidak akan pernah sesekali menyakitkan,
dan malam ini, di tikar sejadah usang aku kini kembali,
kembali untuk aku mengubati kesakitan ini,
Tuhan berikan aku secebis keampunan dariMu,
Aku mohon, aku merayu dengan sepenuh pengharapan,
Masihkah ada tempat untuk aku kembali?
Dalam khayalan itu, aku terus melengkapkan rukuk dan sujudku,
Lantas tangan ku tadah, jiwaku berserah,
Dengan harapan yang penuh keinsafan, lalu hatiku berbicara,
Tuhan, izinkan aku kembali..


No comments:

Post a Comment