Saturday, 23 February 2013

catatan umur 17 tahun :)

Tadi cari fail penting yang hilang..
risau jugak takut tak jumpa fail tu..
tapi alhamdulillah jumpa jugak akhirnya..

masa cari2 fail tu, terjumpa la buku2 lame..
buku masa2 skul menengah dulu..
selak2..rindu plak rasanya pengalaman belajar dulu..
walaupun belajar tak jauh mana, tp ilmu yang penah belajar tu, 
sayang jugak rasanya kalau kita lupakan..
cuba la jugak untuk amalkan, 
sedaya upaya yang termampu..

selak punya selak..
jumpe catatan masa form 4..
kat buku PKA, page 93..
nampak sgt xfokus langsung masa belajar dulu..
patot la result pown ke laut..ahaha..
apa2 pown, ne la, yg tertulis dalam catatan tu..


"Ku kira kegembiraan itu milikku kini
oh bahagianya ku rasa
namun senyuman itu bukan milikku seorang
ingin ku kongsi bersama insan tersayang
tapi, mengapa mentari itu
berselindung disebalik awan
ku kira awan itu bermega mendung
aku juga takut pada hujan
ku kira hujan itu ibarat pemisah
yang memisahkan antara aku dengan mentari
aku juga ingin meniti hari-hariku bersamanya
disulami senyumanku dan senyumannya
aku juga ingin mentari menyaksikan
antara janjiku dan janjinya.."
-tulipituadalahaku-

buku PKA :)


pernah mendapat balasan untuk catatan ne, tp entah di mana..

Friday, 15 February 2013

Syukur..

Detik ne, saat ne, tika ne,
tidak ada satu kata yang dapat menggambarkan semua rasa ini,
melainkan syukur yang tak terhingga kepada Allah..
atas nikmat ini,
atas peluang untuk diri ini,
merasai rasa bahagia ini,
seketika..

syukur juga kerana Allah memberikan peluang..
untuk mengukirkan senyuman,
istimewa buat mak dan abah,
terimalah..

dan tidak lupa buat kalian,
sahabat-sahabat yang tercinta,
yang tidak pernah jemu,
tidak pernah lelah,
melayan karenah diri,
sayang kamu semua..

penantian dah berakhir..
semua persoalan dah terjawab,
semua teka teki dah terungkai..
hanya mampu menyatakan..
AL.H.A.M.D.U.L.I.L.L.A.H

semoga diri tidak leka dengan segala nikmat ini..
semoga diri ini akan lebih berusaha pada masa hadapan..
semoga diri ini akan belajar dari kesilapan lepas..
semoga diri ini akan menjadi lebih baik dari sebelumnya..
insyaAllah..

terima kasih sahabat atas hadiah ne..
hanya satu kata yang mampu diungkapkan..
I.N.D.A.H..



hadiah dari sana..ikhlas :)

terima kasih *kata-kata semangat*

miau yang scary..  M.A.F.I.A.M.I.A.U

untuk 'contengan' ne jugak, trimas :)


sekarang..
persiapkan diri untuk perjalanan yang seterusnya..
masih ada langkah yang perlu diteruskan~
bububye..bubublub :)
doa untuk saya dan awak-awak semua..


 

Thursday, 14 February 2013

MMS, MSH, SMS :)

Semua pic ne MMS dari MSH, kepada saya :)
terima kasih..
simpan kat sini da jadi macam album..
boleh kan?

kembang, kiki, hero, enet :)

120213 tg karang, bear mafia, lala, kiki makan jagung :)

miau scary, tortoise [hidup & mati]

nasihat sahabat untuk sahabat :)




"tu la jarak paling dekat antare kita" 120213,11:33am [terima kasih sahabat]

Friday, 8 February 2013

Lin Handmade Greetings Card: February 2013 Blog Giveaway ~

 

wah..mende alah ne..
kali ne Lin Handmade Greetings Card bagi starter pack quilling la untuk February 2013 blog giveaway..
kalau pandai gune mende ne, cantik sangat-sangat..
nanti kan bley jadi cam contoh ini dan ini..

 
credit to: Lin Handmate Greetings Card


sape nak, klik la link ne: http://azlina-lin.blogspot.com/
past tu, baca entri kat situ dan buat la pape yang patut seperti yang telah dinyatakan :) okay?

p/s: berangan sebelum tido "ehem, kan best kalau tau nak gune mende ne..ahakz.."
okay bububye :) gudmownite~

Thursday, 7 February 2013

Ehem..DIY :)

The creation of something new is not accomplished by the intellect but by the play instinct acting from inner necessity. The creative mind plays with the objects it loves. - Carl Jung.
Creativity comes from trust. Trust your instincts. -  
Rita Mae Brown.

When you ask creative people how they did something, they feel a little guilty because they didn’t really do it, they just saw something. - Steve Jobs.


Sebenarnye, dari dulu memang suke wat kraf walaupun tak kreatif..
macam tu jugak la kan, ble ada je orang buat sesuatu sebagai hobi walaupun mereka tak de bakat..
maknanya, kalau kita ada kemahuan, kat situ mesti ada jalan, kan?
nak tak nak je buat, dan alasan..

ehem..
semalam secara tak sengaja "terbeli" mende alah ne..
konon2 nak ber"kraf" sementara ada beberapa hari cuti yang berbaki..
harap2 jugak la kan, dapat mengurangkan sedikit debaran yang kian terasa..
ala, penat dan terseksa tau menghitung hari.. [simptom2 trauma tunggu result exam]
tido pown tak lena tau..sungguh.. [walaupun selalu bangun tengari] ahakz..

so, untuk sisa2 cuti yang berbaki ne, hope sempat la nak hasilkan "something"
walaupun akan senget benget dan tak chumil..
ah, ada sape2 kesah ke?
asalkan hati rase E.N.J.O.Y!


yeay nak buat card..ehem, nk bg sape punye burfday ek? *think2*

bahan2 yang tersedia ada..tadaa :)

masih cuba meng'kreatif'kan diri utk dapatkan idea :|

benda2 ne nak buat bookmark..hope jd chumil nanti :)

ehem ^^ chumil kan kayu2 icecream ne..yummy2 :)

xsabar nk tgk hasil akhir nanti..





urm semoga semua ne bukan angan2 mat jenin la ye..
doakan saya :)
yeay b.e.r.u.s.a.h.a!! 


Wednesday, 6 February 2013

Cuti-cuti.. Suka suki :)

"Kita insan sebagai pemegang watak di pentas lakonan, lakukanlah lakonan sebaik mungkin, supaya memberi kepuasan kepada diri, dan kepuasan kepada Sang Pencipta.. kerana sesudah itu barulah Sang Pencipta akan memberi ganjaran sewajarnya" [MSH, 2013]

Selamat pagi.. sedar tak sedar da pagi rupanya..
alhamdulillah, cuba untuk menguruskan urusan yang perlu diuruskan..
semoga urusan diberi perhatian dan mendapat maklum balas seperti yang diharapkan..

masih lagi dalam mood bercuti-cuti dan untuk tu ne sekadar menaip suka suki je..
past ne perlu tidur sebentar sebelum matahari menunjukkan diri..
esok masih lagi ada urusan yang perlu diselesaikan.
rutin, begitulah..
kadang-kadang rutin akan membuatkan diri berasa jemu..
rutin juga kadang-kadang membantu diri untuk belajar, belajar dan terus belajar..
bilamana rutin memerlukan kita melihat kembali pada diri..
untuk menjadi yang lebih baik pada hari ini berbanding semalam,
dan menjadi yang terbaik pada hari esok..
begitulah rutin, dan kehidupan seterusnya..

dan sekali lagi kita pasti akan berhadapan dengan situasi untuk memilih..
untuk berada di hadapan atau dibelakang..
begitulah, h.i.d.u.p..

"kelmarin, seperti ada angin yang menyapa..
ada bayang-bayang malam tu..
tapi semalam, angin tak bertiup, malam pun kelihatan kelam..
hari ini, malam itu sepi.. makanya, sendiri..
esok, barangkali malam itu bakal lenyap..
dan seperti sudah ketentuan..
jadikan aku kembali, sebagai insan tanpa nama.." 
                                                    tulipituadalahaku

Sunday, 3 February 2013

Psikologi itu adalah....

Hari ne genap 2 minggu bercuti-cuti di rumah..
bila ada masa terluang dan lapang camne, xtau la nak buat apa..
nak bukak laptop pown tersangat la malas, so memang nampak sangat betul-betul xrajin..

tapi malam ne rasa nak cakap tentang bidang psikologi..
sebabnya, ramai yang tau secara umum,
dan ramai yang fikir, orang yang belajar psikologi tu mesti akan jadi kaunselor..
betul x? kalau x betul sila buat-buat angguk jugak.. *ini paksaan* ahakz..

lecture selalu cakap "psychology has a short history but a long past"
pening dan slalu je blur ble bukak cerita asal usul psikologi *-_-*
ringkasnya, "psikologi" ne sbnrnye berasal dari perkataan Greek
"psiko" yang bermaksud "minda",
dan "logi" bermaksud "pengkajian".
maka, psikologi = pengkajian tentang minda.

urm, semua maklumat dalam entri ne, dirujuk dalam buku lecture kesayangan.
antara pensyarah yang dikagumi dan beliau antara orang yang malim dalam bidang psikologi di Malaysia.

kalau nak tahu, dalam psikologi ne, ada lagi beberapa pecahan bidang psikologi yang lain. 
American Psychological Association (APA) da membahagikan bidang-bidang psikologi ne kepada 47 bahagian.
tapi kat Malaysia ne plak, ada dalam 9 bidang-bidang lain [Asmawati Desa, 2004]
nampak kan, masih banyak lagi bidang psikologi yang belum berkembang kat Malaysia ne..





Bidang-bidang Psikologi di Malaysia


untuk pengetahuan dalam bidang-bidang psikologi ne, setiap ahli-ahli psikologi akan mengkaji topik dan isu yang berbeza.
dan perbezaan yang paling ketara, dapat dilihat melalui cara mereka mengkaji dan menjelaskan tentang sesuatu tingkah laku [Carlson, 1993]. 

Contohnya camne, kalau nak tengok pembentukan personaliti seseorang individu, ada beberapa cara boleh digunakan untuk melihat perkara ne.
sebab ada sesetengah ahli psikologi akan melihat pembentukan personaliti tu dari aspek genetik atau nature individu, dan ada yang tengok dari aspek persekitaran atau lain-lain lagi. Semuanya berbalik semula kepada di bawah cabang bidang psikologi yang mana mereka ceburi.

urm, rasanya cukup je la untuk arine, untuk pengenalan setiap satu bidang tu, 
nanti sambung kat entri yang lain plak ye..bubublub2 :)

Rujukan: 
Asmawati Desa. 2004. Psikologi Untuk Golongan Profesional. Ed. 2. Kuala Lumpur:   McGraw-Hill.
Carlson, N.R. 1993. Psychology the Science of Behavior. Ed. 4. Boston: Allyn and Bacon.