Monday 21 March 2011

aku masih baru di sini..semoga ada ruang untukku..

aku masih baru di sini. sudi kiranya jika ada yang dapat membantu aku. masih banyak lagi yang perlu aku pelajari. dan masih lagi banyak yang perlu untuk aku terokai. semoga ada sahaja yang ingin membantu aku untuk terus aku bertahan diruang ini. mungkin di sini saja mampu untuk aku berbicara, untuk aku melepaskan kata, untuk aku meleraikan semua rasa, atau mungkin saja tempatku memang di sini. semoga semuanya berjalan seperti yang aku harapkan. aku hanya ada di sini. aku tidak tahu lagi ke mana harus aku pergi. aku menanti dia , walau dia tidak akan pernah ada. sunyi. sepi. kosong. Tuhan bantulah aku untuk aku peroleh kekuatan. untuk aku terus berada di sini. untuk aku terus menanti. walaupun dalam kejauhan aku melihat kamu. memandang bayang- bayangmu. entahlah. keluhan yang kadangkala terasa begitu berat untuk aku helakan. Tuhan, berdosakah aku? hinanya aku hingga alpa dengan kebesaran dan kecintaanMu kepada ku. semoga Tuhan sentiasa membantu aku untuk aku terus berusaha menghadapi semua ini. kerna tulip itu adalah aku..

1 comment:

  1. saya tidak pandai komen penulisan orang..cuma jika anda menulis baris demi baris lagi jelas ....teruskan anda ada potensi menulis..tatabahasa kena jaga..

    ReplyDelete