Tuesday, 28 August 2012

what dreams are made off~

Jam tepat kol 2 pagi..tapi gigih la kan tak tido lagi..gigih lagi ble tengah nk siapkan report, boleh plak lepak kat sini..hikhik..

tajuk entri saje je taip tu..tu maknenye lagu yang tengah bermain2 kat lappy ne..
tapi memang tak de kaitan pown dengan entri pg buta ne..
dan lagi tidak berkaitan bila mana sy cakap entri ne adalah nk letak antara catatan lapuk
yang tetibe jumpa mase tengah selongkar peti dokumen dalam lappy ne..
hajat nak cari notes study mse zaman muda2 dlu..tapi len plak yang jumpa..

so apa2 pown boleh la ye malam ne..
mownite :)


Dalam hati saya ada cinta
Tapi saya tidak tahu ingin beri cinta ini pada siapa
Dalam hati saya ada rindu
Tapi saya tidak tahu rindu saya ini untuk siapa
Dalam cinta saya ada hati
Tapi saya tidak tahu milik siapa hati ini
Saya pernah bercinta, saya pernah merindu
Dan saya juga pernah memberi hati kurniaan Tuhan ini
Pada seseorang
Tetapi saya sudah melukakan  hatinya
Lalu dia memulangkan kembali hati saya
Tapi malang sekali kerana saya menerima hati itu
Dalam keadaan hancur dan berdarah
Bukan seperti asal hati saya
Cinta saya tidak berbalas
Rindu saya tidak lagi bermakna
Kini hati saya kembali mati tanpa cinta
Saya cuba mencari penawar
Saya cuba mencari pengganti
Tapi hati itu tetap mati
Dan cinta itu tetap pergi
Tinggallah saya sendiri yang sepi tanpa cinta
Luka yang terus berdarah, dan hati yang bersisa
Tuhan bantulah saya untuk mencipta syurga di hati
Untuk saya temui penawar sejati
Bagi saya hidupkan kembali cinta di dalam hati ini
Dan menyuburkan rindu yang kian pergi
Kerna sesungguhnya saya akui bahawa
Saya tidak mampu untuk hidup tanpa cinta
Malah andai saya diberi satu permintaan
Ingin sekali saya mencuba untuk menjadi pencinta yang setia
Alangkah baiknya andai ini semua
Bukan sekadar luahan hati dalam puisi
Puisi aku tentang cinta..

Wednesday, 22 August 2012

SIAPA CAKAP......

siapa cakap raya kat bandar xbest?
siapa cakap raya selain kat kampung xmeriah cam raya kt kampung?
tadaa..
ne buktinye..
ala2 pown kre okay la kan dr xde..
ye dak?
ne la lauk bbuka last ramadhan ari tu..
bestnye..siap anyam ketupat tau..

xpercaya?
ne la buktinye..ahakz :)

ini ketupat
  

ini rendang ayam
  

ini ayam goreng berempah
  

cer teka ne apa?ahakz..
  

  

tomyam seafood kakak ipar..



  
wah semoga berkesempatan jumpa lagi ramadhan thn depan..insyaallah..ameen :)

Hadiah dari kawan baik~

iftar yang lepas..best sangat2..
2 hari sebelum raya..
kawan baik saya kan..
name dia NUR NABILA AKMAR

  

  

tadaa..ne la hadiah die kpd sy..
makanan kegemaran saya..BUBUR AYAM..
best sgt2 mse die bg tu..
sampai brebut2 dengan adik2 yg jugak giler bubur ayam..
hakhak..xsampai 5 minit licin..
hebat x penangan bubur ayam kawan sy tu..

xtau nk gmbarkan macam mne..
tgk je la gambar ye.. :)


Sunday, 12 August 2012

Hidup di tempat orang~

pengalaman kat tempat orang ni memang indah..
yang sedih tu pengalaman, yang indah tu la kenangan..
kat tempat orang jugak la kita akan belajar untuk membuka mata dan fikiran..
bukan lagi menjadi rama2 dalam balang kaca..
ataupun katak yang masih lagi dikatakan bawah tempurung..


bila pertama kali nak melangkah kat tempat orang..
mesti ramai keluarga, kawan2 bagi seribu satu pesanan..
tapi bukanlah semua pesanan yang diterima kita hadam dan semat dalam ingatan
lagak kononnya, mampu hidup sendiri di tempat orang..
tapi..

bila kita benar2 di tempat orang..
baru kita sedar tinggi rendahnya langit..
terasa ah kerdilnya diri
masa tu mulalah nak rindukan pesanan2 
yang dulu2 orang sekeliling bagi
untunglah kalau masih lagi tersemat dalam fikiran
tapi kalau dulu pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri
macam mana pula??


jadi di mana kita berada pun..
bawa la diri sebaik yang mungkin
jadi diri yang sebenar
jadi diri yang disenangi oleh orang lain
mustahil dalam dunia ini ada orang yang ingin dibenci
hidup ini kan penuh dengan kasih sayang 


semoga pengalaman di tempat orang ne menjadi pengalaman yang paling istimewa sekali
xkisah la walaupun singkat, asalkan ianya cukup .. 
berharga :)

Saturday, 11 August 2012

Kadang-kadang....

Kadang-kadang kita selalu terfikir bahawa hidup ne umpama roda..
tapi ada seorang kawan cakap hidup ne bukan begitu..
dia cakap lagi hidup kita ne xpernah ada di atas, ataupun di bawah..
sebabnye, bila mana kita merasakan hidup kita di atas..
pernahkah kita sedar bahawa ada lagi sbnrnye orang lain yang berada di atas kita..
dan bila mana kita merasakan hidup kita di bawah..
pernahkah kita terfikir bahawa ada lagi sebenarnya orang lain yang berada di bawah kita..

hidup ne memerlukan kita sentiasa melihat kasut orang lain..
untuk kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki..
siapa pun kita, kita sentiasa bertuah kalau kita melihat siapa mereka yang berada di bawah atau di atas kita..

bukan untuk membanding-bandingkan diri dengan orang lain..
tapi cukuplah dengan nawaitu untuk muhasabah diri sendiri..
dengan harapan kita akan mampu menjadi hamba yang sentiasa dekat denganNya..
dan beringat tidak kira tinggi atau rendahnya kedudukan kita dalam hidup ini..
kita semua tetap dipandang sama di mata Tuhan..
tetap seorang H.A.M.B.A~


sekadar coretan buat diriku yang mudah lupa~

p/s: pengalaman di Dataran I**H [5 Ogos 2012]

Friday, 3 August 2012

SEMUSIM BERSAMA~

rasa macam baru sangat sampai kat sini..
tapi sedar tak sedar da sebulan masa yang berlalu..
kalau dulu ada yang merungut tak nak datang ke sini..
tapi sekarang ada yang menangis sebab tak nak tinggalkan tempat ne..
walaupun hanya sekejap cuma..
tapi pengalaman itu tetap indah walaupun pahit untuk ditelan..
ini lah realiti kehidupan..
berputar di atas paksi roda kehidupan..
dahulunya berada di atas, sekarang berada di bawah pula..
dan pertemuan semalam mungkin telah sampai ke akhir garisan penamat..
dan untuk itu..
ada langkah yang perlu diteruskan..
tanpa menoleh ke belakang, hanya perlu memenadang ke hadapan..
fitrah alam, bukan?
manusia perlu menerima..
dengan sepenuh redha kepada Pencipta..
semoga kita akan dipertemukan lagi..
walaupun bukan di sini lagi, tapi pasti suatu hari nanti..

memandang dari kejauhan..
ada rindu yang masih tertinggal~




SEMUSIM BERSAMA, SEABAD TERASA~
 

Wednesday, 1 August 2012

untitled~




TRIPLE A " AZIM- ANAS- EN ASRAF"
PENJUAL LEBIH RAMAI DARI PEMBELI
WAJAH-WAJAH MPP ILP
MPP DI MINGGU MSR
AKTIVITI EXPLORACE (WAN, FITTRI, ZATTI, AZIM)

3 SERANGKAI YANG TAK DAPAT DIPISAHKAN (IDAH, AIMI, NAJAH)
HANTARAN PERKAHWINAN BAGI AKTIVITI "EVENT MANAGEMENT"

SIAP BERSILAT LAGI (ANAS & SAFUAN)

NE PART MASA MENIKAH

SLOT "GRAF KEHIDUPAN"

MPP DGN GRAF KEHIDUPAN MASING2

BERKONGSI GRAF KEHIDUPAN DGN RAKAN2

PERANCANGAN AKTIVITI MPP

AIMI, IZWA N KAK SYU AI

DAN2 JE KAN~AHAKZ


6 SERANGKAI KATANYE
KODEK N LOKMAN
TEAM BAPE NTAH NE

PENDAFTARAN MSR DI DSK

KAT PSKK
FAISAL N ASHRI
IDAH N ZATTI

FIZAN AKA KK