Jam tepat kol 2 pagi..tapi gigih la kan tak tido lagi..gigih lagi ble tengah nk siapkan report, boleh plak lepak kat sini..hikhik..
tajuk entri saje je taip tu..tu maknenye lagu yang tengah bermain2 kat lappy ne..
tapi memang tak de kaitan pown dengan entri pg buta ne..
dan lagi tidak berkaitan bila mana sy cakap entri ne adalah nk letak antara catatan lapuk
yang tetibe jumpa mase tengah selongkar peti dokumen dalam lappy ne..
hajat nak cari notes study mse zaman muda2 dlu..tapi len plak yang jumpa..
so apa2 pown boleh la ye malam ne..
mownite :)
Dalam hati saya ada cinta
Tapi saya tidak tahu ingin beri
cinta ini pada siapa
Dalam hati saya ada rindu
Tapi saya tidak tahu rindu saya
ini untuk siapa
Dalam cinta saya ada hati
Tapi saya tidak tahu milik siapa
hati ini
Saya pernah bercinta, saya pernah
merindu
Dan saya juga pernah memberi hati
kurniaan Tuhan ini
Pada seseorang
Tetapi saya sudah melukakan hatinya
Lalu dia memulangkan kembali hati
saya
Tapi malang sekali kerana saya
menerima hati itu
Dalam keadaan hancur dan berdarah
Bukan seperti asal hati saya
Cinta saya tidak berbalas
Rindu saya tidak lagi bermakna
Kini hati saya kembali mati tanpa
cinta
Saya cuba mencari penawar
Saya cuba mencari pengganti
Tapi hati itu tetap mati
Dan cinta itu tetap pergi
Tinggallah saya sendiri yang sepi
tanpa cinta
Luka yang terus berdarah, dan
hati yang bersisa
Tuhan bantulah saya untuk
mencipta syurga di hati
Untuk saya temui penawar sejati
Bagi saya hidupkan kembali cinta
di dalam hati ini
Dan menyuburkan rindu yang kian
pergi
Kerna sesungguhnya saya akui
bahawa
Saya tidak mampu untuk hidup
tanpa cinta
Malah andai saya diberi satu
permintaan
Ingin sekali saya mencuba untuk
menjadi pencinta yang setia
Alangkah baiknya andai ini semua
Bukan sekadar luahan hati dalam
puisi
Puisi aku tentang cinta..
No comments:
Post a Comment