Tuesday, 15 January 2013

Right of choosing?

The wise man said "life is about making decisions" [MSH 2012]

bicara tentang hidup, pilihan memang sebahagian daripadanya..
sebahagian daripada hidup..
ah, tipulah jika ada di antara anda yang mengatakan tidak..
buktinya, semua yang kita lakukan dalam kehidupan seharian
menuntut kita untuk memilih tidak kurang daripada dua pilihan yang ada
bahkan bermula daripada lahirnya kita ke dunia
kita sudah memilih sama ada untuk hidup atau mati
bangun dari tidur juga, pilihan untuk terus bangun atau terus tidur
mungkin ada yang berkata, semua yang berlaku itu
adalah ketentuan yang sudah tertulis oleh PenciptaNya
akan tetapi, Tuhan juga memberikan kita sebuah akal fikiran
yang menjadikan kita lebih tinggi darjatnya daripada seisi alam
jika digunakan dan dimanfaatkan dengan baik
malah manusia diumpamakan lebih rendah kedudukannya
jika keadaan sebaliknya berlaku

nah..bukankah itu juga adalah satu pilihan buat setiap manusia itu
sama ada ingin menjadi yang terbaik atau sebaliknya?
makanya, setiap perkara yang berlaku sehari hari
yang kita lihat, yang kita dengar, yang kita faham, yang kita amati,
adakah wajar untuk kita menilai dan membuat pilihan yang mana lebih baik?
ataupun kita hanya menerima sahaja mana-mana pilihan?
dengan erti kata lain, ramai di antara kita seringkali beranggapan itu adalah pilihan yang paling selamat
walhal tanpa kita sedari, sebenarnya kita sendiri yang meletakkan diri dalam keadaan yang berisiko
hanya kerana tidak berani berhadapan dengan risiko dalam memilih..

jadi apakah solusinya?
di manakah cara kita?
yang mana pilihan kita?
menjadi seperti ini atau itu?
menjadi orang yang memilih pilihan ataupun pilihannya dipilihkan oleh orang lain?

 

tepuk dada sendiri..juga melihat diri berada di takuk yang mana.~

p/s: mahu menjadi orang yang jernih ataupun orang yang keladak? mahu menjadi insan yang positif ataupun  negatif? [Prof Muhaya, 2013]
 

No comments:

Post a Comment