Walaupun perjalanan itu singkat, namun ia mampu memberi pelbagai pengalaman..
sepetang berada di jalanan, membuatkan diri terfikir sejenak..
antara sikap dan akhlak yang kian memudar apabila emosi diikuti, hati dituruti..
rasionalnya fikiran untuk membuat keputusan mula diketepikan..hilang..lenyap..
kesannya, tindak tanduk, tingkah laku yang dipamerkan,
tidak kira secara lisan mahupun nyata, jelas mendatangkan kekecewaan..
terutamanya pada diri..
sikap mencerminkan peribadi..namun, akhlak mampu mencerminkan iman..
nah, antara sikap dan akhlak pada pandangan diri, jelas berbeza..
yakin ianya berbeza..
sebab dalam fahaman agama diri, akhlak itu letaknya harga diri..tinggi..tinggi tempatnya..
tapi sikap, mungkin juga boleh dilentur, diubah, diperbetulkan..
walaupun tidak sepenuhnya akan terbentuk, terlentur, tapi boleh la diperbaiki..
urm, mencapai akhlak yang baik-baik, indah bukanlah mudah..sukar barangkali, tapi diri yakin itu tidak payah yakni tidak susah..
jika ada yang mengatakan ianya sukar, susah, payah..ahhh..itu semua alasan yang terlahir dari bibir..
ingin bela diri, pada perkara yang jelas sia-sia? urm...
sekejap..diri tersentak..apakah salah diri?
padaku diri tidak bersalah..
tutur diatur tanpa mengetepikan santun yang diajarkan
cukup sopan pertanyaan diajukan..
namun, sinis langsung jawapan yang diterima..
tidak mengapa..diri cuba memahami..
dan sekali lagi tersentak bila dikatakan tidak bersabar..
amarah mula menguasai, tapi diri gagahi juga untuk melemparkan senyuman..
ikhlas..diri yakin itu senyuman yang cuba dilemparkan dengan ikhlas..
pada diri, apa gunanya kalau benda yang dicipta tidak digunakan..
apakah berdosa bila diri cuba memanfaatkan benda yang dicipta atas tujuan untuk memudahkan..
apabila kegagalan merasa mudah akibat tidak memanfaatkan benda yang bermanfaat,
mulalah diri dipersalahkan..
bukankah macam tu jugak dengan akal, yang tuhan beri untuk dimanfaatkan..
akal yang disuruh untuk berfikir, menginsafi, melihat, mendengar, sebut apa saja segala benda..
selagi mana akal boleh mencapai, akan dapat seperti apa yang dikehendaki..
urm..perasaan yang terkilan, bila sikap pun gagal dibentuk, apa mungkin akan wujud akhlak di antaranya?
terfikir, masih berfikir dan akan terus berfikir..
melihat kepada diri sendiri, apakah sudah terdidik akhlak dalam diri ini?
No comments:
Post a Comment