#KISAH TELADAN#
Kenalkah kalian dengan Juraji, seorang ahli ibadah yang kuat mengerjakan ibadah. Pada suatu hari, semasa khusyuk beribadah, datanglah ibunya memberi salam dan memanggil namanya berulang-ulang, namun Juraji khusyuk menunaikan solat.
Juraji bermonolog dalam hatinya: "Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat". Juraji memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Sebanyak tiga kali ibunya bertandang ke rumah Juraji hampa kerana Juraji tidak menyahut panggilannya.
Ibunya terkesan lalu berdoa: "Ya ALLAH SWT! Janganlah Engkau matikan Juraji melainkan setelah dia melihat wajah pelacur!".
Dipendekkan cerita, Juraji didatangi seorang pelacur lalu cuba menggodanya, tetapi Juraji sama sekali tidak mengendahkannya. Lalu pelacur tersebut mendatangi seorang pengembala kambing yang sedang berteduh di biara Juraji, pengembala itu menyetubuhi pelacur itu sehingga hamil. Sebaik bersalin pelacur mendakwa: "Ini adalah anak Juraji".
Orang ramai mendatangi Juraji, memaksanya keluar, menghancurkan biaranya dan memukulnya. Juraji bertanya: "Kenapakah kalian melakukan semua ini?". Mereka menjawab: "Engkau melacur dengan pelacur ini sehingga dia melahirkan anak kamu!". Juraji bertanya: "Di manakah anak tersebut?". Lalu bayi itu dibawa kepada Juraji. Dia berkata: "Aku ingin bersolat terlebih dahulu".
Selesai bersolat, Juraji mendatangi bayi itu, memukul perutnya, lalu bertanya: "Wahai bayi, siapakah ayah kamu?". Bayi itu menjawab: "Ayahku si pengembala kambing".
Terbukti bukan, makbulnya doa seorang ibu. Setiap anak wajib mendahulukan ibunya dalam aoa jua hal sekalipun.
SUMBER: Sahih Muslim, Hadis no: 2550
credit to: styagreennotes.blogspot.com |
*Dipetik dari www.sinarharian.com.my/rencana [Jumaat 5 April 2013]
No comments:
Post a Comment