Monday, 28 May 2012

Jadikan aku insan tanpa nama~

aku bercinta denganmu
hanya di dalam mindaku sahaja
aku berkasih denganmu
hanya di dalam hatiku seorang sahaja
aku membelai dirimu
hanya melalui angin yang berpuput itu
persis apa cintaku ini
hanya aku seorang sahaja yang rasa
aku melihat kamu
hanya dari alam maya itu
lalu aku menghancurkan hati ini
hanya kerana sepi yang terasa
aku rindu kamu
aku cinta kamu
walau tiada aku
antara kamu dan dia
jangan palingkan dirimu
jangan ulangi kata-kata dulu
jangan pernah sakiti aku
karma apakah untukku ini
apa salahku
apa dosaku
ampunkan aku
cuma itu pintaku
tolong aku?
tolonglah aku
jadikan aku ini kembali
sebagai insan yang tak pernah punya nama~

No comments:

Post a Comment