Sepatutnya malam ni nak buat kerja sekolah..maksudnya assignment la..
tapi terasa mood tak sampai pulak..kisahnya tu yang menyinggah kat sini..
lama da tak meluah atau terluah kat sini..konon2 macam bz [tp hakikatnya betul ya]
hari ni sekali lagi aku mjadi pencuri masa..7 jam beb habis camtu je..
dok lepak dgn member..dari lepas zohor smpai la ke isyak..nasib baik tak sambung sampai ke subuh..sudah~
tapi aku tak boleh gak nak pandang masa yang berlalu tu dgn penuh rasa menyesal dan rasa nk hantuk kepala laju2 kat dinding..aku cuba ubah pandangan tu kat perspektif yang lebih positif..
tengok balik apa2 pengalaman yang aku boleh kutip untuk jadikan sempadan dan pengalaman dalam hidup aku kelak..
hasil analisis yang aku da buat [bukan analisis regresi yang aku masih fail buat ye]
aku mendapati aku dapat blaja mcm mana aku nk hadapi dgn pelbagai ragam manusia yang pelbagai..
almaklum la..insan sebidang cam aku ne orang akan expect kami mampu membuat begini dan begitu..
menyelesaikan, membantu, membimbing, meringankan beban, mengurangkan tekanan dan sebagainya dengan pelbagai cara yang begini dan begitu..tapi hakikatnya : kami juga seperti anda yang masih lagi terkedek2 belajar. jadi pelan2 kami hadam ye masalah anda~
bersyukur atas cerita dan permasalahan yang teman aku luahkan kat aku..
yes aku sentiasa sudi untuk menjadi pendengar yang baik sebab aku tahu kadang2 aku gagal jadi penasihat yang baik..tapi bukankah itu lebih baik?
dari apa ceritanya tadi, mungkin kadang2 orang akan melihat masalah itu hanyalah sekecil zahrah cuma..tapi tahukah anda, sekecil2 masalah itulah yang boleh menjadi faktor tercetusnya tekanan atau stress jika tidak dibuang atau diubati sebab ia boleh jadi duri dalam daging..lagi2 kalau anda ne jenis orang yang makan dalam..
sekurang2nya aku dapat blaja dari pengalaman dia..tanpa perlu aku menghadapi masalah sepertinya..jadi nampak bukan, kadang2 lebih baik kita belajar dari pengalaman orang lain daripada pengalaman yang kita alami sendiri. kenapa mesti kita ulang kesilapan yang sama jika kita da tahu mana silap yang dulu kawan kita pernah lalui..
pelajaran kedua yang dapat aku pelajari lagi, macam mana kita nak bertahan untuk masa yang lama tanpa menunjukkan sebarang emosi yang tak sepatutnya.. dalam erti kata yang lain, aku berjaya memakai topeng untuk menjadi pendengar yang baik.. aku berjaya belajar dari kesusahan yang orang lain alami dan aku berharap aku da dapat membantu kawan aku melepaskan apa yang terpendam dalam hati dia..
sian la..lebih2 kalau bab2 sal kawan memang aku akan rasa bertanggungjawab ke atas mereka..
jadi kat sini, cuma nk mengingatkan diri aku yang mudah lupa, kalau berlaku sebarang perkara yang kita tak rancang untuk berlaku, jangan sesekali kita nak mengeluh atau menyalahkan itu dan ini..
tapi cuba kita cari hikmah atas semua perkara yang berlaku..lihat dari perspektif yang positif.. melihat dari sudut yang luar biasa dari kebiasaan. pasti kita akan jumpa sesuatu yang lebih baik dari apa yang mampu kita duga..
ikhlas kan hati..yakin bahawa Allah itu Maha Adil..pasti kita akan sentiasa ingat hakikat dan fitrah diri kita..dan kita akan jadi lebih tenang,,
cukuplah perkongsian pagi ni..ingin kembali kepada fitrah..
selamat bertesis kawan2..walau xmudah tapi ia juga mungkin tak susah selagi kita teruskan berusaha..
insyallah Allah sentiasa ada untuk kita..
kita diuji kerna tanda kasih dan sayangnya Allah kepada kita..betapa indahnya kerna kita ini masih lagi menjadi hamba yang dipandang olehNya untuk terus diuji~
syukur Ya Tuhan atas nikmat ini..alhamdulillah~
No comments:
Post a Comment