Wednesday, 30 May 2012

semoga yang pahit itu bakal menjadi manis kelak~

Salam hujan tanpa payung~

rasa selesa sangat cuaca begini..
syukur  ke hadrat Illahi sebab mengurniakan hujan pagi ni..rahmat yang tak ternilai [alhamdulillah]

hari ni hari terakhir la ada buat perbentangan sebelum pengajian tamat.
tapi entah silap di mana tak dapt peluang utk buat yang terbaik..
nak marah pown xboleh sebab bukan dapat ubah apa2 pown kan..

tapi itulah, kadang2 pelik sesangat plus hairan dengan pelbagai sikap manusia yang tak pernah nak fikir tentang orang lain..
klu ye pown tak pernah fikirkan tentang dri sendiri, cuba la jangan jadi parasit yang membinasakan orang lain..
tak pernah terlintas nak marah2, apatah lagi mengungkit..
tapi ni soal sikap yang akan kita akan bawak sampai mati..
sikap itu cerminan diri kita..

tak ke sayang kalau kita sebenarnya bukan sebegitu, tapi dek kerana sikap yang kita tonjolkan
membuatkan orang menilai dan memberi persepsi yang salah terhadap diri kita
dalam hidup ini, kita ada satu je peluang dan kepercayaan yang orang bagi kat kita
kalau peluang yang satu itu pown kita da sia2kan, so u all fikir la sendiri ye..

entahlah, seakan sukar nak redha dgn apa yang da berlaku tadi..
rasa tak adil untuk diri.
tp mungkin ne ujian Tuhan untuk diri ini..
cuba mencari hikmah dan teruskan mencari hikmah dalam setiap perkara yang berlaku
harapnya dapat la mendidik hati dan mendisiplinkan minda untuk sentiasa positif

cuma di sini ada harapan,
semoga coretan ni menjadi ingatan buat diri sendiri yang selalu lupa
buat teman2, andaikata anda semua sahabat yang baik, mesti anda mampu fikirkan apa yang teman anda akan rasa dengan sikap anda
cuba lah belajar, untuk memakai kasut orang lain
kalau sakit, maka begitulah orang lain rasa jika mereka ditempat anda

semoga hujan dan cuaca yang dingin ini mampu menyejukkan dan menenangkan hati ini..

ketenangan yang dinanti~
  
Tuhan, aku mohon~

bukankah bagaimana hubungan kita sesama manusia menggambarkan juga bagaimana  hubungan kita dengan sang Pencipta?



2 comments:

  1. 'Hubungan kita sesama manusia menggambarkan juga bagaimana hubungan kita dengan sang Pencipta?'

    nice quote! ;)

    ReplyDelete
  2. sy pown xde rujukan utk pnyataan tu..tp sy pnh dgr mse join tazkirah seorang ustazah..klu anda tahu ayat tu dpetik dari mane2 sumber mohon dikongsi bersama..takut sy yang khilaf~

    ReplyDelete