kadang-kadang kita mengecapi kebahagiaan tanpa kita sedar
kerana semua yang berlaku lahirnya dari hati yang ikhlas
tuluskah keikhlasan itu?
mengapa perlu timbulnya persoalan?
sedangkan semua jawapan telah tersurat
dan tiada lagi yang tersirat disebalik kata-kata
kenangan yang berlalu berlegar kembali di benak
ketika kita duduk dan merenung semua lakonan dunia
yang sedang berlaku di hadapan mata kita
ya, lakonan yang boleh dilihat
malah dapat dinilai melalui pancaindera kita
sedangkan sikap, pemikiran dan hati hanya dapat dinilai
andaikata seseorang itu benar-benar mempunyai hati yang tulus
dalam kita sedang asyik memerhati
kadang-kadang kita terleka dalam menilai diri kita sendiri
itulah fitrah manusia
dalam diam kita sendiri yang menjadi wayang dalam lakonan itu
dan kita sendiri adalah pelakonnya
ayuh kita renung-renung sejenak
siapakah kita ini sebenarnya?

No comments:
Post a Comment