Tuesday, 8 January 2013

#Untitled (ii)

hidup ini ibarat satu percaturan
di mana ada manusia yang akan menang
dan ada juga yang akan tewas
mereka yang menang perlu sentiasa bersedia
dengan sebarang kemungkinan yang bakal mendatang
yang menang tidak bererti kuat
dan yang tewas bukanlah bermakna lemah
kerana hanya mereka yang berani menghadapi cabaran sahaja
akan mampu meneruskan perjalanan hidup
yang ternyata penuh dengan onak dan duri
begitulah perjalanan alam
yang sememangnya telah di atur semua fitrahnya
telah tertulis di dalam Luh Mahfuz
kita sebagai manusia yang kerdil
perlu senantiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik
ya menjadi yang terbaik
terbaik di antara mereka
hidup tanpa cabaran tidak ubah seperti pelayaran tanpa arah
terumbang ambing di lautan luas
menanti nasib yang tiada siapa mampu menduga..

No comments:

Post a Comment