mata yang dipejam membuatkan kita terlena
dalam sedetik kita khayal dengan mimpi masing-masing
saat itu semua onar yang mengganggu fikiran dan kesibukan duniawi
semakin larut dimamah dengkuran yang bergema
namun, di antara yang terlena masih ada yang terjaga
mereka yang menjadi pilihan
pilihan? pilihan dirinya atau pilihan TuhanNya?
entahlah..hanya mereka saja yang lebih mengerti
kerana semuanya terletak pada pucuk pangkal hati
dalam dengkuran itu ada ketenangan
di kala keheningan malam itu ada kesyahduan
sepi yang menyelubungi itu hakikatnya adalah sebuah rahmat
hanya mereka yang hidup dalam kesedaran mampu tersedar
tatkala yang lain sedang asyik dalam lakonan drama mereka
alangkah bertuah andaikata semua di antara kita
mampu menikmati malah juga merasai
apa sebenarnya yang dikatakan sebagai
kehidupan hakiki dan abadi..

No comments:
Post a Comment