Friday, 8 March 2013

belajar dari katak :)

Hari ini hari jumaat..mungkin nampak hari ini sama je macam hari jumaat yang lepas-lepas..
tapi rasa jumaat kali ini lain sikit..ahakz..
pagi tadi, masa sedang asyik dibuai mimpi..
tiba2 je rasa ada 'something' singgah kat bantal tutup muka..
entah macam mana ntah bley tersedar..
sebab slalu kalau da tido memang tido mati..
luar dari kbiasaan jugak la kowt hentakan yang smpai mampu menyedarkan diri dari mimpi..
gigih pulak tu bangun dan tengok ap kebenda la yang mengacau tu..

tiba-tiba.....
mak ai, KATAK....
sungguh tak tipu memang panik gler..
mane tak nye, da 24 tahun hidup, lebih kurang 20 tahun tinggal kat rumah ne,
mane pernah ada katak dalam rumah..
memang celik terus mata, dan mula la "dok pikiaq" nak buat apa..

dalam terjerit-jerit sorang2 tu, sempat jugak jerit kat jiran sebelah a.k.a abang aku..
haish, dengar ada orang kat rumah sebelah, tapi jerit2, xde respon...-_- adeh, hampa..
dah la mum xde kat rumah..buntu..
capai hp, hantar mesej kat mum la, nak suruh balik sekarang..tapi....
hampa giler sekali lagi bila mum tinggal hp kat rumah rupenya..
dekat sejam setengah jugak la kejadian tu berlaku..
katak..oh..katak..

kasihan tengok si katak..
masih kecil badannya, baru melihat dunia agaknya..
terlompat-lompat..atas ke bawah, kiri ke kanan..
setiap pergerakan yang dibuat, dilakukan secara berulang-ulang..
sampaikan aku berkata 'pehal die tengok depan je, knp die xtengok belakang'?
kalau si katak tengok belakang, banyak la kawasan yang die boleh pergi..
tapi sebab die menuju ke depan je, maka memang langgar dinding je la..
si katak nak panjat dinding..tp baru beberapa lompatan, si katak jatuh semula..

tapi sampai la satu keadaan si katak berada di penjuru dinding..dan si katak dapat memanjat dinding dengan lebih tinggi..tapi, si katak masih tak berjaya menuju ke tingkap yang masih jauh..
terlalu tinggi untuk si katak yang masih kecil..kasihan si baby katak..
tapi, lama kelamaan, si katak mula faham..si katak berundur ke belakang, dan ubah arah lompatan..
bila si katak da tak melompat ke dinding lagi, mak ai, laju betul di katak melompat..
dari rak tv menuju ke bilik adik..

alamak, makin panik la dibuatnya..macam mana ne, si katak da masuk bilik..
bila si katak da hilang dari pandangan, aku sabar je tunggu si katak..mati la kalau si katak terus dalam bilik..
sampai la si katak kelihatan berada di tingkat paling bawah rak buku adik.
'inilah masanya' kepung si katak dengan tudung saji mum..masak la kalau mum tengok tudung saji tu nanti..hahaha..
sampai la catatan ni di taip, si katak masih lagi misteri..
entah kan hidup, entah kan mati..
entah kan ada di situ lagi, atau si katak dah melompat pergi..

si katak kecil telah mengajarkan aku sesuatu..
untuk tidak berhenti berusaha,walaupun ada kekurangan pada diri..
jangan pernah berhenti untuk mencuba, gagal atau berjaya..sekurang-kurangnya kita dah berusaha..
urm si katak juga telah menguji aku, diri aku sendiri..
urm camne aku nk berfikir, ble ada keadaan yang sedemikian..
bijak tak aku nak kawal emosi aku, keputusan dan tindakan yang aku ambil tadi,
sejauhmana dibuat dengan menggunakan fikiran yang rasional, atau emosi semata-mata?
ehem..macam fail je td..ehem..

sebabnye, siap panggil miau untuk tolong..tapi, miau aku boleh plak masuk rumah untuk minum air..
dan keluar dan sambung tido..adeh -_-..
dan paling terharu, tengok si katak yang melompat2 walaupun jalan di hadapannya tadi tu,
dihalang oleh dinding..kalau si katak cuba yang terbaik untuk dia terus hidup..
kenapa tidak aku?
hidup tu kan memang penuh dengan cabaran, yang menjadikan kehidupan tu lebih berwarna bukan?


katak..oh.. katak..
terima kasih untuk pengalaman pagi ini..indah, memang cukup indah :)

si katak mini :)



"paling mengarut, bley plak terfikir, eh eh..kowt2 tu putera raja yang disumpah kowt..
wah dongeng sungguh..berangan..
*tapi kalau betul sape yg tau kan?* ahakz.."

hidup ini cukup indah..dan ini adalah gula-gula hati saya :)

4 comments:

  1. Hahaha! Comel entry ni! XD

    ReplyDelete
  2. ahakz..trimas syana :) *katak da hilang & tewus menjadi misteri*

    ReplyDelete
  3. kantoi umor 24 ! em moral story > katak pon tak suka manusia tidor waktu pagi, kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. urm pandai..yup2 moral story yg indah :)

      Delete