kali ne xde nak luah pape..
cume rasa nk berkongsi sedikit apa yang da belajar masa dlm kelas..
sebenarnya, bila cakap tentang umur,
dari kelas psikologi perkembangan lagi dulu da belajar..
tapi biasalah, pada masa dan saat tu,
belajar pown semacam di awang-awangan gitu..
fokus? urm lagi la tidak..
atas alasan: 1) duduk baris belakang masa kelas tu
2) masa tu baru2 blum ada spec mata
urm..
sebenarnya, dalam perkembangan manusia,
umur boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk..
tapi sebelum tu, kena la tahu dulu apa yang dikatakan sebagai 'umur'..
oleh sebab, pelajaran yang dapat ne, diperoleh daripada kelas psikologi dewasa dan orang tua
maka, kalau kita tengok daripada perspektif golongan ne,
kita akan dapati bahawa orang dewasa dan orang tua biasanya akan merasakan diri mereka lebih muda daripada umur sebenar, dan bersikap lebih positif tentang kesihatan diri.
so sesiapa yang ada atuk, nenek, mak nenek, boleh la check sejauhmana kebenaran dapatan ne..
dan tak lupa jugak, bila bercakap tentang umur, akan juga wujud istilah "Ageless self".
istilah tu merujuk kepada persepsi tentang diri kekal sama, tanpa mengambil kira kronologi umur dan perubahan fizikal. Senang cerita, macam orang yang rasa diri dia muda je dari dulu, kini dan selamanya la..ahakz..
apa-apa pown, umur dapat dilihat kepada 5 bentuk umur iaitu:
5 BENTUK UMUR : UMUR KRONOLOGI, FUNGSI, BIOLOGIKAL, PSIKOLOGI DAN SOSIAL |
urm macam tu konsep umur yang dilihat oleh ahli psikologi perkembangan..
semoga perkongsian ne bermanfaat..
tidak lupa, credit to: Dr. Suzana Mohd Hoesni (2013) untuk bahan bacaan yang digunakan untuk penulisan ne..
Semoga ilmu yang diberi diberkati A.L.L.A.H
No comments:
Post a Comment