Sunday, 28 July 2013

Part 1: Aku, Dia dan Air Cond~

Semusim yang berlalu banyak mengajar aku erti kehidupan. Di saat aku mengenali diriku sebagai aku, dirinya sebagai dia dan juga latar yang menghiasi saat perjalanan yang berlalu, air cond. Antara aku dengan dia, terlalu banyak perbezaan. Aku adalah aku, dan dia adalah dia. Pertemuan yang tidak pernah aku duga, yang tidak pernah aku rancang, dan yang tidak pernah aku minta telah menemukan aku, dia dan air cond. Perbezaan yang wujud di antara aku dan dia pernah membuatkan aku menjauhinya. Aku sendiri tidak mengerti mengapa saat itu aku terlalu mementingkan egoku sendiri. Tidak terlintas walau sedetik untukku menyambut salam perkenalan yang pernah dia ucapkan kepadaku. Namun, mungkin inilah yang dikatakan sudah suratan yang telah tercipta untukku. Akhirnya aku tewas sendiri dengan egoku. Aku kembali mencari dia, dengan harapan masih ada lagi salam perkenalan yang pernah dia hulurkan kepadaku satu ketika dulu. Jarak yang pernah aku bina perlahan-lahan aku hapuskan dengan kepercayaan yang aku beri untuk dia. Syukur aku panjatkan dalam setiap doaku, persahabatan yang terjalin banyak mengubah untuk aku menjadi aku, malah menjadikan aku lebih mengerti dan belajar untuk menghargai betapa berharganya setiap nafas yang diberi olehNya iaitu nikmat hidup..

bersambung...

No comments:

Post a Comment