Dia. Seorang yang cukup mudah. Bila dia berkata, memang hilang semua rasa kesuraman yang melewati hari yang berlalu. Dia yang mampu membuatkan orang tertawa, tersenyum mungkin juga menangis. Setiap katanya penuh dengan nasihat. Nasihat yang cukup berharga untuk aku menjadi lebih matang dalam menghadapi dunia yang nyata, yang sememangnya penuh dengan cabaran, kerana manusia di dunia ini hakikatnya semuanya bertopengkan wajah yang manis. Namun, jauh di lubuk hati, hakikatnya semua hanyalah palsu semata. Setiap ekspresinya mampu membuatkan aku mengerti tanpa perlu aku bertanya. Ada kalanya dia marah, ada kalanya dia tersenyum, ada kalanya dia ketawa, ada kalanya dia diam. Ya diam. Diamnya adalah bererti dia marah. Tanpa perlu berbicara dia sebenarnya sedang mengajarku atas kesalahan yang telah aku lakukan. Tapi, sehingga saat ini aku sendiri tidak pasti dan tidak pernah mengerti pada saat bila dia menangis. Sepanjang aku mengenali dia, aku tidak pernah melihat dia menangis, malah aku kadangkala tidak pasti saat bila dia bersedih. Bijak dia menyembunyikan rahsia hatinya, deritanya, tangisannya sedangkan apa yang dia rasakan, apa yang dia tangiskan, hanya tuhan sahaja yang lebih mengerti. Terlalu indah persahabatan yang terbina bersama dia. Walaupun hanya sekadar untuk ketika ini cuma, namun ini sudah cukup nikmat yang diberi olehNya kepada aku. Malah telah terlakar di dalam kanvas kehidupanku, yang menjadikan kehidupan ini penuh dengan warna. Warna yang cukup indah. Di sinilah terlakar cerita hidupku. Ada suka, ada duka dan juga ada cerita yang aku sendiri tidak pasti. Kenangan yang cukup indah..
bersambung..
No comments:
Post a Comment