Friday, 16 August 2013

Part 3: Aku, Dia dan Air Cond~

Air cond. Latar yang menghiasi perjalanan persahabatan antara aku dan dia. Banyak kenangan aku, dia dan air cond yang sehingga kini aku mampu tersenyum sendirian ketika melihat air cond, yang kewujudannya ada di mana-mana. Terlalu banyak yang aku ketahui tentang air cond. Di mana kerana air cond lah aku dan dia masih di sini. AKu dan dia masih bersahabat seningga kini. Ya, air cond yang menemukan aku dan dia. Walaupun siapa pun dia, aku tetap ingin bersahabat dengan dia. Mungkin ada yang berkata dan mengata, untuk apa aku mengenali dia dan air cond. Hakikatnya aku yang tahu, apa ertinya semua ini. Pedulikan saja apa yang mereka kata. Sememangnya mereka tidak pernah mengerti nilai sebenar yang tersirat di antaranya. Mungkin saja dia dan air cond itu lebih baik, malah lebih mampu untuk memahami semua ini berbanding mereka yang memandang dengan sinis, tetapi hakikatnya mereka sendiri tidak mengerti apa-apa. Setiap hari, air cond yang menjadi perbualan di antara aku dan dia dalam meniti hari, malah itulah sebenarnya yang aku pelajari setiap hari. Dari A hingga C, mungkin itu sahaja yang aku tahu tentangmu air cond. Belum sampai masanya lagi untukku mengenali siapa dirimu, apakah kamu sebenarnya wahai air cond. Mungkin suatu hari nanti. Akan dapat aku pastikan semuanya ketika itu. Aku bermonolog sendirian. Malam ini sekali lagi aku duduk termangu tanpa sebarang alasan.Lantas ku capai pena lalu aku coretkan kata-kata yang mungkin mampu menggambarkan perasaanku malam ini. Entahlah. Malam ini seolah-olah ingin ku tinggalkan semuanya. Tinggalkan semua kenyataan yang harus aku hadapi untuk semalam, hari ini, esok, lusa, malah kenyataan yang harus aku terima adalah untuk selama-lamanya. Terlalu cepat untukku tinggalkan semua ini. Namun inilah hakikat yang harus ku simpan, hakikat yang harus ku terima malah hakikat yang harus ku telan. Semoga aku menjadi lebih tabah dalam aku menjadi aku bagi menghadapi hari-hari yang mendatang.

bersambung..

No comments:

Post a Comment