Thursday, 27 December 2012

Wednesday, 26 December 2012

F.R.I.E.N.D.S





hadiah dr seorang kawan..
katanya utk konvo yg 2 thn lagi tu..
takowt2 xsempat jumpa lagi nnt..
tu yg kwn bg skang..
tapi, skang sy pown br sem 1..
ada lagi 2 sem yg perlu ditempuhi..
hadiah da dapat..
so kne teruskan kayuhan la kalau cmne..
semoga sy akan mampu teruskan kayuhan itu..
2 tahun je lagi..
insyaAllah :)

terima kasih kak iylia dayana :)

Thursday, 20 December 2012

Terima kasih buat...kamu..kamu..dan kamu...

Hari ne, hari terakhir untuk semester ini..
maknanya, lepas ini exam cuti n masuk sem baru la..
dan semester ne rasa sgt2 bertuah..
sebabnya, dalam kita terkapai2 mencari arah..
ada insan2 dtg membantu yang saya panggil kamu..kamu..dan kamu..
terima kasih sebab memberi saya arah..
terima kasih sebab bagi saya tempat untuk berpaut..
terima kasih sebab tunjukkan saya jalan..
terima kasih juga sebab sudi memberi saya kenangan ini..
indah cukup indah dan sangat indah..
terima kasih buat kakak2 dan abang2..
walau kita xlagi bersama, harap ukhuwah yg tbina kekal selamanya..

Bersama anak2 bajau laut [subjek: penilaian bayi & kanak2]


[subjek: pengurusan perkhidmatan psikologi]

[potluck untuk yang terakhir kali]

wajah2 riang :)

kak nurul belanja Pizza Hut

ini iza & dayana

ini syed, iza n abang khir

kami budak perempuan dlm klas


dalam klas kaedah penyelidikan terapan & teknik kuantitatif

lepas klas proses kognitif sepanjang hayat [bsama dekki & iza]
lunch lepas klas gender & pembangunan manusia

Sunday, 16 December 2012

Di sana ada......

Di sana ada kedamaian
di sana ada ketenangan
mungkin bukan untuk mereka yang di sana
tapi buat aku di sini,
di sana cukup bermakna
untuk aku mendidik hati..
menginsafi..
mengingati..
dan memperbaiki diri..
segalanya yang indah ada di sana..

Date: 29 Oktober 2012
[Pusat Jagaan Orang Tua, Kajang]











Semoga Allah memberi ruang dan peluang untuk aku berbakti kepada mereka :)

"Di antara kiri dan kanan.."

Kata seorang teman: 
"dalam hidup ne, kalau kita berada di dua persimpangan jalan,
dan tak tahu jalan yang mana satu harus dipilih, 
maka teruskan melangkah ke hadapan dgn mbina satu jalan yang baru.. [MSH, 2012] 


mungkin ada yang bersetuju, mungkin juga tidak..
terpulang kpd individu untuk memilih..
sebab kata seorang teman juga:
"life is about making decisions"

tapi bila ditanya pada diri sendiri..
aku juga pernah berada di persimpangan jalan itu..
dan tanpa aku sedar, aku sebenarnya telah memilih
untuk membina jalan yang baru
bila mana aku tidak memilih, di antara jalan yang ada di kiri atau di kanan..
aku bukan tidak berfikir dalam menentukan arah yang ingin dituju
cuma bagi aku,
kadang kala tak semua perkara yang terjadi dalam dunia ini
kita perlu persoalkan kenapa, bagaimana dan mengapa
ada masanya, adalah perlu untuk kita percaya pada takdir
yang sememangnya sudah ditetapkan pada setiap individu dengan cerita yang tersendiri
tapi itu bukan bererti aku berkata bhw kita hanya perlu berserah tanpa sebarang berusaha
masing2 sudah cukup dewasa bukan, untuk menilai dan memilih?

jadi, teruskan langkah ke hadapan tanpa perlu menoleh 
antara dua persimpangan yang sudah jauh tertinggal di belakang kamu..
kerana jalan yang terbentang di hadapan kamu itu kini
adalah pasti :) 

Credit to: Google [tidak semua kegelapan itu kelam, tidak semua yang pekat itu malam]

Sunday, 2 December 2012

Di antara masa??

M.A.S.A [time is golden]

ada apa dengan masa..
bila berbicara tentang masa, mesti ada segelintir orang yg sudah berasa terlalu arif jika ditanyakn ttg masa..
mungkin juga tiada isu pun sebenarnya nak dibangkitkan tentang masa..
bahkan sudah bermacam2 pepatah melayu yang ada berkaitan dengan masa..
begitu juga di dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang masa,
maka masa itu sebenarnya sangatlah penting..

bila orang tak pentingkan masa, maka ramailah yang membuang masa..
selalu juga orang yang ditinggalkan masa..
bila diri dan masa tidak bergerak seiringan, ketinggalan la jawabnya..
bagi orang yang memikirkan atau mencipta harapan hari esok, itulah dikatakan masa hadapan..

saya sendiri masih lagi cuba memahami tentang masa..
kalau tidak, masakan saya masih lagi ditinggalkan masa, membuang masa, dan kadang2 tidak menghargai masa..
menempelak diri sendiri, mungkin ada sedikit kekesalan yang melanda..
tapi, dengan tidak berbuat apa2 tindakan itu bukanlah sesuatu yang bijak..
cuba lagi untuk berusaha..

cuma ada persoalan yang tidak berjawab..
apa sebenarnya ya yang ada di antara masa??


Wednesday, 7 November 2012

hadiah hari lahir..

Selalu orang akan plan macam2 untuk ari jadi die..
tapi sy biasa2 je..
ble hari jadi mesti orang akan wish semoga panjang umur..
*ucapan yang sgt klise*
tapi sebenarnya dan pada hakikatnya umur kita semakin pendek..
ye la kita kan semakin tua setiap kali hari jadi kita menjelma..
hahaha..kelakar kan?
tapi, kali ne hari jadi disambut dalam keadaan demam..
kalau ditanya apa makanan yang kita nak makan,
sure2 la sume makanan pown jadi xsedap..
almaklum ar, hilang sekejap deria rasa..
tapi, bila difikir2kan balik, wah indahnya hari jadi kali ne..
dapat berehat sepuas2nya..
mana yang lebih indah?
dari makan, makan dan makan,
lebih baik tidur, tidur dan tidur..
bukan selalu dapat tidur tanpa sebab..
urm indah, dan memang sangat indah..
terima kasih tuhan..
atas nikmat ini..
kepada semua yang wish, terima kasih jugak ye..

selamat hari jadi untuk S.A.Y.A..ahakz..

Thursday, 1 November 2012

do infants have much memory?

urm camne la ye nk wt pbincangan sal topik kat atas..
still nga membaca..still nga mncari bahan..
nanti da siap, post kt next entry la ek..

skang nak layan twinkle away jap..
 "jauh mindaku melayang, terkenangkan dirimu sayang, kau pergi, ku sendiri, kini kau kembali"

Thursday, 18 October 2012

Diskriminasi??

orang cakap, guru yang paling baik adalah pengalaman..
dan untuk itu, cerita hari ini adalah berdasarkan pengalaman yang da dilalui..
pengalaman secara fizikal & pengalaman menggunakan deria yang ada..

diskriminasi??
apa kaitan dengan pengalaman?
urm okay..ne kisah pengalaman naik dan turun bas ke kelas..
pemerhatian yang di buat mendapati: berlaku diskriminasi semasa dalam bas..

kenapa?
sebab selalu tengok student lelaki yang memang akan berdiri..
walhal mereka ada hak jugak untuk duduk di kerusi..
kenapa mereka selalu difikirkan perlu mengalah & korbankan kerusi yang ada?
yeah..mungkin sebab ada yang berkata mereka itu seorang l.e.l.a.k.i
mungkin dilihat sebagai macho kalau bagi girl seat mereka..
tapi, mereka tetap sama kan macam saya, awak, dan mereka?

kasihan kadang-kadang melihat..
lelaki ke perempuan ke, tetap merasakan rasa PENAT yang sama..
betul tak?

 
credit to: zaphenz.blogspot.com


credit to: sakurada-memories.blogspot.com

  


"teringat pula masa hampir pitam di dalam bas, tapi tiada siapa yang nak tolong..tu dalam kalangan sesama rakan-rakan yang dikatakan pelajar yang terpelajar..kalau berada di luar sana, bagaimana ya??" 

Thursday, 11 October 2012

Budaya Menderma Darah~

Bila cakap tentang menderma darah je, mesti ramai orang yang takut..
boleh tak klu nak cakap terutamanya "gurl" & "boy", male & female?
tapi sepanjang 3 tahun belajar, plus 23 tahun hidup kat dunia ne..
itulah yang dapat diperhatikan..
senang cerita semua jantina pun same..
tidak mahu ye ad unsur BIAS terutamanya bias dalam mempersoalkan tentang GENDER..

kadang-kadang pelik kenapa ramai tidak mahu menderma darah..
sedangkan kalau kita lihat banyak kebaikan yang kita boleh dapat..
yakni kebaikan dari segi kesihatan..
klik je di G.O.O.G.L.E, banyak maklumat kita boleh dapat tentang faedah ni
bukan kena bayar apa2, sekadar membantu golongan yang memerlukan..
mungkin hari ini hari mereka, siapa tahu esok, lusa, tulat, tubin hari kita
or ahli keluarga kita, siapa tahu bukan?

jadi kenapa tidak mendidik diri untuk membudayakan sifat ini
tidak perlu takut..senang cerita, tidak sakit pun..
malah, macam satu kepuasan bila dapat menderma..*tak tahu nak ekspresikan cmne dalam bentuk ayat*
yang pasti..perasaan tu sangat2 best..
xpercaya??
cubalah..

untuk itu, selamat menderma darah ye..mulakan dengan tindakan..
jangan tunggu esok, tapi lakukanlah dari sekarang :)
saya sudah, anda bila lagi?