Tuesday, 30 July 2013

Part 2: Aku, Dia dan Air Cond~

Dia. Seorang yang cukup mudah. Bila dia berkata, memang hilang semua rasa kesuraman yang melewati hari yang berlalu. Dia yang mampu membuatkan orang tertawa, tersenyum mungkin juga menangis. Setiap katanya penuh dengan nasihat. Nasihat yang cukup berharga untuk aku menjadi lebih matang dalam menghadapi dunia yang nyata, yang sememangnya penuh dengan cabaran, kerana manusia di dunia ini hakikatnya semuanya bertopengkan wajah yang manis. Namun, jauh di lubuk hati, hakikatnya semua hanyalah palsu semata. Setiap ekspresinya mampu membuatkan aku mengerti tanpa perlu aku bertanya. Ada kalanya dia marah, ada kalanya dia tersenyum, ada kalanya dia ketawa, ada kalanya dia diam. Ya diam. Diamnya adalah bererti dia marah. Tanpa perlu berbicara dia sebenarnya sedang mengajarku atas kesalahan yang telah aku lakukan. Tapi, sehingga saat ini aku sendiri tidak pasti dan tidak pernah mengerti pada saat bila dia menangis. Sepanjang aku mengenali dia, aku tidak pernah melihat dia menangis, malah aku kadangkala tidak pasti saat bila dia bersedih. Bijak dia menyembunyikan rahsia hatinya, deritanya, tangisannya sedangkan apa yang dia rasakan, apa yang dia tangiskan, hanya tuhan sahaja yang lebih mengerti. Terlalu indah persahabatan yang terbina bersama dia. Walaupun hanya sekadar untuk ketika ini cuma, namun ini sudah cukup nikmat yang diberi olehNya kepada aku. Malah telah terlakar di dalam kanvas kehidupanku, yang menjadikan kehidupan ini penuh dengan warna. Warna yang cukup indah. Di sinilah terlakar cerita hidupku. Ada suka, ada duka dan juga ada cerita yang aku sendiri tidak pasti. Kenangan yang cukup indah..

bersambung..

Sunday, 28 July 2013

Part 1: Aku, Dia dan Air Cond~

Semusim yang berlalu banyak mengajar aku erti kehidupan. Di saat aku mengenali diriku sebagai aku, dirinya sebagai dia dan juga latar yang menghiasi saat perjalanan yang berlalu, air cond. Antara aku dengan dia, terlalu banyak perbezaan. Aku adalah aku, dan dia adalah dia. Pertemuan yang tidak pernah aku duga, yang tidak pernah aku rancang, dan yang tidak pernah aku minta telah menemukan aku, dia dan air cond. Perbezaan yang wujud di antara aku dan dia pernah membuatkan aku menjauhinya. Aku sendiri tidak mengerti mengapa saat itu aku terlalu mementingkan egoku sendiri. Tidak terlintas walau sedetik untukku menyambut salam perkenalan yang pernah dia ucapkan kepadaku. Namun, mungkin inilah yang dikatakan sudah suratan yang telah tercipta untukku. Akhirnya aku tewas sendiri dengan egoku. Aku kembali mencari dia, dengan harapan masih ada lagi salam perkenalan yang pernah dia hulurkan kepadaku satu ketika dulu. Jarak yang pernah aku bina perlahan-lahan aku hapuskan dengan kepercayaan yang aku beri untuk dia. Syukur aku panjatkan dalam setiap doaku, persahabatan yang terjalin banyak mengubah untuk aku menjadi aku, malah menjadikan aku lebih mengerti dan belajar untuk menghargai betapa berharganya setiap nafas yang diberi olehNya iaitu nikmat hidup..

bersambung...

Sunday, 21 July 2013

Kosong~










Ruang kosong itu..
kau biarkan terisi dengan kesunyian..
terima kasih~









alhamdulillah :)

Friday, 12 July 2013

Mood Serantau: Seperti Dia

mowning mowning :) *lompat-lompat*
pagi-pagi sebenarnya kena hepy tau..tau x *jerit-jerit*
urm, layan je la dua benda di bawah ne..
sekeping gambar yang bernyawa & sebuah lagu 'seperti dia' by amylea..
*terbit satu perasaan yang aneh, gitu*


credit to: http://letmebelieve.deviantart.com

Ku lakukan semua hanya untukmu
biar kau tak mengerti apa maksudku
namun masa terlalu singkat untuk aku
buktikan padamu
untukku.. buktikan.. padamu..

ku jejak tiap haluan dia tuju 
kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia

ku harap malam tak muncul bintang
kerna mereka tahu aku tak sama

jalani.. hidupku..menjadi dirimu
mencari sesuatu yang pernah hilang
namun hidup terlalu singkat
untuk aku buktikan semua
untukku.. buktikan.. semua~

http://www.youtube.com/watch?v=rm3Elf63BQc

P/S: gambar di atas + lagu di bawah = mood serantau [signifikan sangat]

Tuesday, 25 June 2013

Wedding kawan Form 6: cik faraferry :)

Salam selasa..Salam sya'ban :)
salam penuh 'kejerebuan'..
dengan pakai mask, gigih jugak la nk on9 gune laptop dan taip menaip macam ne..
nampak tak kebosanan yang mula melanda sejak 'cuti-cuti malaysia' khamis lepas?
aigoo, baru cuti 6 hari da gini meroyan..ad lg 2 bulan utk ditempuhi dgn jayanya *caiyok*

awal2 cuti, mmg nmpk cm 'eksited' kemain..
konon-konon da tak payah nk study or berjaga buat esaimen bagai..
tp ble bercuti, sume pkare tu la yg amat dirindukan skang..
oh boleh 'jam' otak klu biarkan tido, tido dan tido..
urm tp ingat start esok nk mulekan dgn azam baru, semangat baru jugak..*gitu*
mane boleh buang masa..dan jerebu bukanlah satu alasan utk berhibernasi 24/7..ye dak?..

owh ya, dan perkara paling indah utk minggu pertama cuti ne adalah pergi wedding kawan mse form 6..
yeah faraferry da kawen, yang jugak suke spongebob..eh ye ke? ke die suke kaler yellow ek?
lupe..*tepuk dahi*

urm pape la..tp nak ckp yg kami pergi kenduri kawen fara tu berempat tau..
okay la dr tak pergi langsung..
tp seyes la tak tau kenapa rasa sayu ble tengok fara..macam dalam suka ada duka..
tp bukan duka yg neagtif2 tau, mungkin sb lepas ne fara da pindah ke johor..
mungkin akan ad rasa kerinduan di situ..
almaklum la, fara ne jenis owg yg sangat2 happening & sempoi sgt2..best2..
apa2 pun tahniah buat fara & suami..same cantik same padan *senyum*


chumil kan die senyum? chumil chumil chumil..


urm..dalam g kenduri tu jugak, tak sangka plak dapat jumpe kawan mase form 1 dlu..
hidayu @ayu..wah lamenye tak jumpa die sejak pindah sekolah dulu..
dia masih macam dulu, comel macam dlu..
aku jugak yg membesar beriya macam d_n_ _s_r..[fill in da blank] ahakz..
xpe la, klu tak gitu tak de la drama nye kan ble sesekali terjumpe?
dan macam boring pulak ble jumpe orang tu, takde perubahan pown pada die..
mesti xmuncul perkatan "wah, hamboi, fulamak, ehem" dan sewaktu dengannya..
kan? kan?

dan ne je la gambar yg sempat di ambil, xde pulak orang yg bley tlg amikkan gambar banyak2..
ahakz..



yeah, dapat gak amik gambar dengan pengantin *amik aura*

sayang kowg sampai bile2 -bell, lely & veanu :)


bubye :)

[p/s: fara, ak masih hutang nk belanja ko secret recipe & icecream magnum almond, tp kawen da ko ek..bila2 turun sni, jgn lupe tuntut tau, tp untuk ko je la,utk husband ko xde]


ahakz..


Tuesday, 18 June 2013

June 2013 Blog Giveaway :)



sape nak, klik la link ne: http://azlina-lin.blogspot.com/
past tu, baca entri kat situ dan buat la pape yang patut seperti yang telah dinyatakan :) okay?


Saya sudah..anda bila lagi?? :)

Moodexammasihbersisa *pening*

Friday, 31 May 2013

I'm sorry~

"Tidak cukup sekadar cinta, apa yang penting adalah kebahagiaan" [movie: minyak dagu]

"Percayalah kau akan jumpa lagi separuh jiwa kau" [movie: pada suatu cinta dahulu]


i'm sorry :~

credit to: https://www.facebook.com/Lawaknyee


Bila disingkap tentang soal hati.
sehingga kini masih lagi terus menjadi rahsia,
pesan seorang kawan,
"cinta tak perlu dicari, sebab kalau barang yang hilang barulah dicari"
urm..
teringat lagi pesan seorang teman,
"antara soal jodoh ngan ajal maut, ajal itu adalah pasti, sebaliknya pula soal jodoh"
jadi, psiapkan diri untuk berhadapan dengan kematian itu adalah jauh lebih baik..
urm..
so, tarik nafas dalam2, teruskan langkah dan SENYUM :)


p/s: diam aku bukan bererti aku bisu..tapi........ [lafaz yang tersimpan]




Saturday, 25 May 2013

Bersabarlah~

"Dan bersabarlah kamu, bahawasanya kesabaran kamu itu tidak mungkin melainkan Allah" [An-Nahl 16:127]


pada sisi manakah aku harus bersandar?


bersabarlah..
insyaAllah..




credit to: suhanasuid.blogspot.com 
             

credit to: sembangjuruteknik.blogspot.com 


credit to: bidadaribesi09.blogspot.com


                                                         

Friday, 24 May 2013

Last kiss :)

seorang kawan yg bagi dengar lagu ne..
dengar melodi lagu ne best jugak 
rase cm nak berjoget pown ada jugak
urm tapi kawan cakap ne lagu sedey..
urm kalau nak tau, tgk dan hayatilah lirik lagu tu..

so, lagu ne jadi
lagu pilihan minggu ne kowt..
lalalala~

*set alarm bgn pg2 ne pown lagu ne jugak*


Oh where, oh where, can my baby be? 
The Lord took her away from me.
She's gone to heaven so I've got to be good, 
So I can see my baby when I leave this world.

We were out on a date in my daddy's car,
We hadn't driven very far.
There in the road straight ahead,
A car was stalled, the engine was dead.
I couldn't stop, so I swerved to the right,
I'll never forget the sound that night.
The screaming tires, the busting glass,
The painful scream that I heard last.


When I woke up, the rain was falling down,
There were people standing all around.
Something warm flowing through my eyes,
But somehow I found my baby that night.
I lifted her head, she looked at me and said;
"Hold me darling just a little while."
I held her close I kissed her - our last kiss,
I found the love that I knew I had missed.
Well now she's gone even though I hold her tight,
I lost my love, my life that night.



contengan hari ne :)


Sunday, 5 May 2013

Setel~

"kalau perlukan saya, nanti carik la saya, InsyaAllah saya cuba munculkan diri"
kalau macam tu la, kau cakap kat aku,
kau jaga diri kau..
aku jaga diri aku..

setel~


credit to: www.glogster.com