Thursday, 28 March 2013

Aku, Dia & T.A.K.O.Y.A.K.I

T.A.K.O.Y..A.K.I
 

Semalam 27 Mac 2013..
buat pertama kali teman roomate pegi beli makan malam..
sementara tunggu makanan dia siap, pegi jalan2 ngan dia tgk karnival kat kolej..
sekali dia ajak beli 'takoyaki'..

Sy : erk?? lantas terus sy cakap, sy xsuke try mende baru..
Dia: ala, try la try la..
Sy: haish, xnk xnk xnk
Dia: satu je satu je
Sy: urm satu je tau..lantas try *suap ke mulut*
     gulp! urm bese je rase makanan tu..tp xde la 'eksited' nak lagi.. [makan tanpa perasaan]
     biasa2 je, rasa macam makan fishball, cuma ada ape mende ntah atas makanan tu..
     kerut-kerut jugak la dahi nak cam mende ap la yg ada kt makanan tu..
     soalan pertama yg sy tanya "ada bawang x, klu ada sy TAK NAK"

tapi roomate sy sgt2 eksited..
sampai je kt bilik, dia terus online..
siap google bagai nk buat sendiri..
fine, roomate sy sangat 'cinta' barangkali dgn takoyaki tu..
urm itulah titik permulaan perbualan kami sampai ke tengah malam..
ahaha..lucu je rasa..
tp apa2 pun terima kasih kat roomate sb jd titik permulaan perkenalkan sy dgn makanan tu..
next time, ble jalan2 dan tnampak 'Takoyaki' tu, pasti sy akan ingat kamu :)


tiba-tiba rasa ter'rajin plak nak cari resipi Takoyaki ne..
dalam banyak2 yg di tinjau-tinjau..
rasanya yang ne paling simple dan senang nak paham..
so bley la klik klu rasa nak cuba, try & test..hikhik..

p/s: Aku, Dia & Takoyaki :) [9.30pm] chumil chumil chumil~



Thursday, 21 March 2013

Sikap vs Akhlak~

Walaupun perjalanan itu singkat, namun ia mampu memberi pelbagai pengalaman..
sepetang berada di jalanan, membuatkan diri terfikir sejenak..
antara sikap dan akhlak yang kian memudar apabila emosi diikuti, hati dituruti..
rasionalnya fikiran untuk membuat keputusan mula diketepikan..hilang..lenyap..
kesannya, tindak tanduk, tingkah laku yang dipamerkan, 
tidak kira secara lisan mahupun nyata, jelas mendatangkan kekecewaan..
terutamanya pada diri..
sikap mencerminkan peribadi..namun, akhlak mampu mencerminkan iman..
nah, antara sikap dan akhlak pada pandangan diri, jelas berbeza..
yakin ianya berbeza..
sebab dalam fahaman agama diri, akhlak itu letaknya harga diri..tinggi..tinggi tempatnya..
tapi sikap, mungkin juga boleh dilentur, diubah, diperbetulkan..
walaupun tidak sepenuhnya akan terbentuk, terlentur, tapi boleh la diperbaiki..
urm, mencapai akhlak yang baik-baik, indah bukanlah mudah..sukar barangkali, tapi diri yakin itu tidak payah yakni tidak susah..
jika ada yang mengatakan ianya sukar, susah, payah..ahhh..itu semua alasan yang terlahir dari bibir..
ingin bela diri, pada perkara yang jelas sia-sia? urm...


sekejap..diri tersentak..apakah salah diri?
padaku diri tidak bersalah..
tutur diatur tanpa mengetepikan santun yang diajarkan
cukup sopan pertanyaan diajukan..
namun, sinis langsung jawapan yang diterima..
tidak mengapa..diri cuba memahami..
dan sekali lagi tersentak bila dikatakan tidak bersabar..
amarah mula menguasai, tapi diri gagahi juga untuk melemparkan senyuman..
ikhlas..diri yakin itu senyuman yang cuba dilemparkan dengan ikhlas..
pada diri, apa gunanya kalau benda yang dicipta tidak digunakan..
apakah berdosa bila diri cuba memanfaatkan benda yang dicipta atas tujuan untuk memudahkan..
apabila kegagalan merasa mudah akibat tidak memanfaatkan benda yang bermanfaat,
mulalah diri dipersalahkan..

bukankah macam tu jugak dengan akal, yang tuhan beri untuk dimanfaatkan..
akal yang disuruh untuk berfikir, menginsafi, melihat, mendengar, sebut apa saja segala benda..
selagi mana akal boleh mencapai, akan dapat seperti apa yang dikehendaki..
urm..perasaan yang terkilan, bila sikap pun gagal dibentuk, apa mungkin akan wujud akhlak di antaranya?
terfikir, masih berfikir dan akan terus berfikir..


melihat kepada diri sendiri, apakah sudah terdidik akhlak dalam diri ini?

Thursday, 14 March 2013

Lin Handmade Greetings Card March 2013 Blog Giveaway

Entri kali ne tentang ini ----->  Lin Handmade Greetings Card March 2013 Blog Giveaway

 
 
 
 
 
sape nak, klik la link ne: http://azlina-lin.blogspot.com/
past tu, baca entri kat situ dan buat la pape yang patut seperti yang telah dinyatakan :) okay?
 
 
 
ehem..
mood swing barangkali..urm..
xpe tarik nafas dalam-dalam..
bukan termenung, tapi berfikir..
 
 
 

Friday, 8 March 2013

belajar dari katak :)

Hari ini hari jumaat..mungkin nampak hari ini sama je macam hari jumaat yang lepas-lepas..
tapi rasa jumaat kali ini lain sikit..ahakz..
pagi tadi, masa sedang asyik dibuai mimpi..
tiba2 je rasa ada 'something' singgah kat bantal tutup muka..
entah macam mana ntah bley tersedar..
sebab slalu kalau da tido memang tido mati..
luar dari kbiasaan jugak la kowt hentakan yang smpai mampu menyedarkan diri dari mimpi..
gigih pulak tu bangun dan tengok ap kebenda la yang mengacau tu..

tiba-tiba.....
mak ai, KATAK....
sungguh tak tipu memang panik gler..
mane tak nye, da 24 tahun hidup, lebih kurang 20 tahun tinggal kat rumah ne,
mane pernah ada katak dalam rumah..
memang celik terus mata, dan mula la "dok pikiaq" nak buat apa..

dalam terjerit-jerit sorang2 tu, sempat jugak jerit kat jiran sebelah a.k.a abang aku..
haish, dengar ada orang kat rumah sebelah, tapi jerit2, xde respon...-_- adeh, hampa..
dah la mum xde kat rumah..buntu..
capai hp, hantar mesej kat mum la, nak suruh balik sekarang..tapi....
hampa giler sekali lagi bila mum tinggal hp kat rumah rupenya..
dekat sejam setengah jugak la kejadian tu berlaku..
katak..oh..katak..

kasihan tengok si katak..
masih kecil badannya, baru melihat dunia agaknya..
terlompat-lompat..atas ke bawah, kiri ke kanan..
setiap pergerakan yang dibuat, dilakukan secara berulang-ulang..
sampaikan aku berkata 'pehal die tengok depan je, knp die xtengok belakang'?
kalau si katak tengok belakang, banyak la kawasan yang die boleh pergi..
tapi sebab die menuju ke depan je, maka memang langgar dinding je la..
si katak nak panjat dinding..tp baru beberapa lompatan, si katak jatuh semula..

tapi sampai la satu keadaan si katak berada di penjuru dinding..dan si katak dapat memanjat dinding dengan lebih tinggi..tapi, si katak masih tak berjaya menuju ke tingkap yang masih jauh..
terlalu tinggi untuk si katak yang masih kecil..kasihan si baby katak..
tapi, lama kelamaan, si katak mula faham..si katak berundur ke belakang, dan ubah arah lompatan..
bila si katak da tak melompat ke dinding lagi, mak ai, laju betul di katak melompat..
dari rak tv menuju ke bilik adik..

alamak, makin panik la dibuatnya..macam mana ne, si katak da masuk bilik..
bila si katak da hilang dari pandangan, aku sabar je tunggu si katak..mati la kalau si katak terus dalam bilik..
sampai la si katak kelihatan berada di tingkat paling bawah rak buku adik.
'inilah masanya' kepung si katak dengan tudung saji mum..masak la kalau mum tengok tudung saji tu nanti..hahaha..
sampai la catatan ni di taip, si katak masih lagi misteri..
entah kan hidup, entah kan mati..
entah kan ada di situ lagi, atau si katak dah melompat pergi..

si katak kecil telah mengajarkan aku sesuatu..
untuk tidak berhenti berusaha,walaupun ada kekurangan pada diri..
jangan pernah berhenti untuk mencuba, gagal atau berjaya..sekurang-kurangnya kita dah berusaha..
urm si katak juga telah menguji aku, diri aku sendiri..
urm camne aku nk berfikir, ble ada keadaan yang sedemikian..
bijak tak aku nak kawal emosi aku, keputusan dan tindakan yang aku ambil tadi,
sejauhmana dibuat dengan menggunakan fikiran yang rasional, atau emosi semata-mata?
ehem..macam fail je td..ehem..

sebabnye, siap panggil miau untuk tolong..tapi, miau aku boleh plak masuk rumah untuk minum air..
dan keluar dan sambung tido..adeh -_-..
dan paling terharu, tengok si katak yang melompat2 walaupun jalan di hadapannya tadi tu,
dihalang oleh dinding..kalau si katak cuba yang terbaik untuk dia terus hidup..
kenapa tidak aku?
hidup tu kan memang penuh dengan cabaran, yang menjadikan kehidupan tu lebih berwarna bukan?


katak..oh.. katak..
terima kasih untuk pengalaman pagi ini..indah, memang cukup indah :)

si katak mini :)



"paling mengarut, bley plak terfikir, eh eh..kowt2 tu putera raja yang disumpah kowt..
wah dongeng sungguh..berangan..
*tapi kalau betul sape yg tau kan?* ahakz.."

hidup ini cukup indah..dan ini adalah gula-gula hati saya :)

U.M.U.R

kali ne xde nak luah pape..
cume rasa nk berkongsi sedikit apa yang da belajar masa dlm kelas..
sebenarnya, bila cakap tentang umur,
dari kelas psikologi perkembangan lagi dulu da belajar..
tapi biasalah, pada masa dan saat tu,
belajar pown semacam di awang-awangan gitu..
fokus? urm lagi la tidak..
atas alasan: 1) duduk baris belakang masa kelas tu
                  2) masa tu baru2 blum ada spec mata
urm..
sebenarnya, dalam perkembangan manusia,
umur boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk..
tapi sebelum tu, kena la tahu dulu apa yang dikatakan sebagai 'umur'..

oleh sebab, pelajaran yang dapat ne, diperoleh daripada kelas psikologi dewasa dan orang tua
maka, kalau kita tengok daripada perspektif golongan ne,
kita akan dapati bahawa orang dewasa dan orang tua biasanya akan merasakan diri mereka lebih muda daripada umur sebenar, dan bersikap lebih positif tentang kesihatan diri.
so sesiapa yang ada atuk, nenek, mak nenek, boleh la check sejauhmana kebenaran dapatan ne..

dan tak lupa jugak, bila bercakap tentang umur, akan juga wujud istilah "Ageless self".
istilah tu merujuk kepada persepsi tentang diri kekal sama, tanpa mengambil kira kronologi umur dan perubahan fizikal. Senang cerita, macam orang yang rasa diri dia muda je dari dulu, kini dan selamanya la..ahakz..

apa-apa pown, umur dapat dilihat kepada 5 bentuk umur iaitu: 

5 BENTUK UMUR : UMUR KRONOLOGI, FUNGSI, BIOLOGIKAL, PSIKOLOGI DAN SOSIAL

urm macam tu konsep umur yang dilihat oleh ahli psikologi perkembangan..
kiranya, setiap orang mempunyai kesemua bentuk umur, cuma, pada setiap bentuk umur itu berbeza-beza tahap umur diantaranya..
semoga perkongsian ne bermanfaat..

tidak lupa, credit to: Dr. Suzana Mohd Hoesni (2013) untuk bahan bacaan yang digunakan untuk penulisan ne..
Semoga ilmu yang diberi diberkati A.L.L.A.H