Tuesday, 15 January 2013

untuk 3 hari :)


teruja?
mungkin..
takut?
sudah semestinya..
seumur hidup mungkin ne la kali ptama & kali terakhir ad exam cenggini..
maka,
mohon doakan saya, untuk 3 hari ne :)
semoga dipermudahkan semuanya~

*culas sekejap time exam..hikhik*

Right of choosing?

The wise man said "life is about making decisions" [MSH 2012]

bicara tentang hidup, pilihan memang sebahagian daripadanya..
sebahagian daripada hidup..
ah, tipulah jika ada di antara anda yang mengatakan tidak..
buktinya, semua yang kita lakukan dalam kehidupan seharian
menuntut kita untuk memilih tidak kurang daripada dua pilihan yang ada
bahkan bermula daripada lahirnya kita ke dunia
kita sudah memilih sama ada untuk hidup atau mati
bangun dari tidur juga, pilihan untuk terus bangun atau terus tidur
mungkin ada yang berkata, semua yang berlaku itu
adalah ketentuan yang sudah tertulis oleh PenciptaNya
akan tetapi, Tuhan juga memberikan kita sebuah akal fikiran
yang menjadikan kita lebih tinggi darjatnya daripada seisi alam
jika digunakan dan dimanfaatkan dengan baik
malah manusia diumpamakan lebih rendah kedudukannya
jika keadaan sebaliknya berlaku

nah..bukankah itu juga adalah satu pilihan buat setiap manusia itu
sama ada ingin menjadi yang terbaik atau sebaliknya?
makanya, setiap perkara yang berlaku sehari hari
yang kita lihat, yang kita dengar, yang kita faham, yang kita amati,
adakah wajar untuk kita menilai dan membuat pilihan yang mana lebih baik?
ataupun kita hanya menerima sahaja mana-mana pilihan?
dengan erti kata lain, ramai di antara kita seringkali beranggapan itu adalah pilihan yang paling selamat
walhal tanpa kita sedari, sebenarnya kita sendiri yang meletakkan diri dalam keadaan yang berisiko
hanya kerana tidak berani berhadapan dengan risiko dalam memilih..

jadi apakah solusinya?
di manakah cara kita?
yang mana pilihan kita?
menjadi seperti ini atau itu?
menjadi orang yang memilih pilihan ataupun pilihannya dipilihkan oleh orang lain?

 

tepuk dada sendiri..juga melihat diri berada di takuk yang mana.~

p/s: mahu menjadi orang yang jernih ataupun orang yang keladak? mahu menjadi insan yang positif ataupun  negatif? [Prof Muhaya, 2013]
 

Wednesday, 9 January 2013

Wordless Wednesday #1

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.  
[source: http://wiki.answers.com/Q/What_is_wordless_Wednesday]





klik2 : http://azlina-lin.blogspot.com/

Tuesday, 8 January 2013

#Untitled (iii)

kadang-kadang kita mengecapi kebahagiaan tanpa kita sedar
kerana semua yang berlaku lahirnya dari hati yang ikhlas
tuluskah keikhlasan itu?
mengapa perlu timbulnya persoalan?
sedangkan semua jawapan telah tersurat 
dan tiada lagi yang tersirat disebalik kata-kata
kenangan yang berlalu berlegar kembali di benak
ketika kita duduk dan merenung semua lakonan dunia
yang sedang berlaku di hadapan mata kita
ya, lakonan yang boleh dilihat
malah dapat dinilai melalui pancaindera kita
sedangkan sikap, pemikiran dan hati hanya dapat dinilai
andaikata seseorang itu benar-benar mempunyai hati yang tulus
dalam kita sedang asyik memerhati
kadang-kadang kita terleka dalam menilai diri kita sendiri
itulah fitrah manusia
dalam diam kita sendiri yang menjadi wayang dalam lakonan itu
dan kita sendiri adalah pelakonnya
ayuh kita renung-renung sejenak
siapakah kita ini sebenarnya?

#Untitled (ii)

hidup ini ibarat satu percaturan
di mana ada manusia yang akan menang
dan ada juga yang akan tewas
mereka yang menang perlu sentiasa bersedia
dengan sebarang kemungkinan yang bakal mendatang
yang menang tidak bererti kuat
dan yang tewas bukanlah bermakna lemah
kerana hanya mereka yang berani menghadapi cabaran sahaja
akan mampu meneruskan perjalanan hidup
yang ternyata penuh dengan onak dan duri
begitulah perjalanan alam
yang sememangnya telah di atur semua fitrahnya
telah tertulis di dalam Luh Mahfuz
kita sebagai manusia yang kerdil
perlu senantiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik
ya menjadi yang terbaik
terbaik di antara mereka
hidup tanpa cabaran tidak ubah seperti pelayaran tanpa arah
terumbang ambing di lautan luas
menanti nasib yang tiada siapa mampu menduga..

#Untitled (i)

mata yang dipejam membuatkan kita terlena
dalam sedetik kita khayal dengan mimpi masing-masing
saat itu semua onar yang mengganggu fikiran dan kesibukan duniawi
semakin larut dimamah dengkuran yang bergema
namun, di antara yang terlena masih ada yang terjaga
mereka yang menjadi pilihan
pilihan? pilihan dirinya atau pilihan TuhanNya?
entahlah..hanya mereka saja yang lebih mengerti
kerana semuanya terletak pada pucuk pangkal hati
dalam dengkuran itu ada ketenangan
di kala keheningan malam itu ada kesyahduan
sepi yang menyelubungi itu hakikatnya adalah sebuah rahmat
hanya mereka yang hidup dalam kesedaran mampu tersedar
tatkala yang lain sedang asyik dalam lakonan drama mereka
alangkah bertuah andaikata semua di antara kita
mampu menikmati malah juga merasai
apa sebenarnya yang dikatakan sebagai
kehidupan hakiki dan abadi..

Monday, 7 January 2013

ehem..it's me :)

credit to: texastspa.webs.com
credit to: frabz.com 






credit to: http://zombiekitten999.tumblr.com
credit to: cmapspublic.ihmc.us
credit to: thenebs.deviantart.com


hahaha
urm cuma nak cakap
sedang lagi mood exam :)
semoga dipermudahkan semuanya..
blub2~


credit to: test-preparation.ca

Saturday, 5 January 2013

Oleh kerana....


oleh kerana ada sahabat sy yg da salah faham..
dengan gambar ne..


Ini hanya lakonan..tiada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia..tiada unsur2 mengajak berbuat perkara yang negatif..harap jangan salah faham :) & PLIZ DON'T TRY THIS AT HOME!

meroyan sowg2 dlm twitter tu..
siap tazkirah bagai..

  • hoi... Pehal neh!!!! Kejadah pisau kat tangan tu...
  • banyak lai care nak mati... Pehal care mati gini pilih??? Neh belom tentu mati tau...
  • paling koman pon stakat lumpuh je... Nak mati bia mati betol2... Janagn maen2...
  • even terjun bangunan pon belom mampu menjamin kematian..
  • lagi satu... Nak bunuh diri, xya la post2 dulu... Nampak sangat tak ikhlas bunuh diri...
  • keikhlasan itu pentinf dalam setiap perbuatan... Kalau nak bunuh diri... Sile lakukan dengan penuh  keikhlasan...
  • jangan berpure2... Kesian kawan2 yg tengok... Kesian tau...
  • lagi satu... Pilih la kematian yg tak sekse sangat... Tempak direct ke kepale contohnye, yg semestinye, InsyaAllah, mati..
  • brani2 pegang pisau gitu... Amunye bersin, perlajak, terpotong betol2 baru tau... Jangan maen2 dengan pisau!!

*Dengan x bagi signal, tibe2 je kne nasihat..semangat sungguh "beliau" dlm mberi nasihat, so faham je ble ad TYPO..buat2 xnmpk je la..hikhik*



makanya, sy harap dia da tak salah faham lagi..
utk awak.. :)

http://www.youtube.com/watch?v=_ff_vjRrKoM&feature=share

terima kasih sb bg ceramah & tips2 itu..

da alang2 tu, semoga video ne bermanfaat la utk sy & anda semua :) 
sharing is caring~




Seni dari selatan [2]

Urm ada sambungan pulak jadinye..
oleh kerana, teman itu bertanya, mana gambar yg original..
maka, entri yg lepas disambung..
ini la gambar asal..
tapi oleh kerana Allah kurniakan teman sy ne anugerah yg terindah
& bakat yg istimewa..
makanya, moo ini telah tumbuh "gigi" secara "tiba-tiba"
ajaib bukan? ahakz..
tapi kn. sy juga da letak "sentimental value" tau pd hasil seni die..
so, mata siapa yang melihat, dia saja yang berhak menilai..
*peace* :)


Lukisan tangan yg asli :)

Lukisan teman yg da tak asli :)

Asli + tak asli = ?? erk?

di antara selat tebrau & selat melaka,
di tengah2 nya ad "moo"
lucu lucu lucu :)

Seni dari selatan ~

seni seorang teman..
yang jauh dari selatan..
terima kasih :)





Friday, 4 January 2013

Sebelum & Selepas..Aucak :)

ini miau saya..
namanya "buta"..
sebab apa namanya "buta"
sebab...
"buta" memang akan pandang semua orang
dengan sebelah mata..
aucak :)

ini gambar asal..
dan itu gambar "tak asal"..err?
trimas kat @benderxii sebab tolong cantikkan lagi gambar miau sy..
katanya "nanti bagi buta tengok gambar ne" kata beliau lagi [MSH, 2013]
ahaha..terasa sengal & lucu..
tapi itu adalah sangat cool :)

Sebelum..ini gambar asal :)


dan ini adalah hasil karya dengan nilai sentimental yang diolah oleh @benderxii :)


Selepas..ini gambar " tak asal" :P




chumil chumil chumil :)

Thursday, 3 January 2013

Love..books :)

Membaca tu best, membeli buku tu seronok..
ada orang kata:
"membeli buku belum tentu kita dapat membeli masa untuk membacanya"
ya itu adalah sangat tepat..

antara impian satu hari nanti..
nak ada mini library sendiri..
skang ne tengah kumpul buku2..
dari buku akademik yg belum tentu semua itu dikhatamkan
sampailah buku2 yang dibeli dgn merancang atau tidak..

baru2 ne, pergi KL Sentral..atas urusan tertentu..
tapi, tgk2 ad bookfair MPH..mini je pown..
tp perasaan tgk buku2 itu mmg sangat indah..
kali ne kira buku yg dibeli secara tidak dirancang..

dan alhamdulillah..rezeki dari Allah..
beli 1 buku, dapat lg hadiah 2 buku..
itu adalah sangat cool..
*terima kasih PTS Publications* 
 
dan buku yg dibeli pun da habis di baca..syukur..
sambil2 stress dgn urusan dunia ne yg menyesakkan 
[exam, assignment,bla bla bla]
amik mse utk santapan rohani..
[yeah itu yg sgt diperlukan]
maka, syukur hadirnya buku ne utk ketika ne..

"Padanya Ada Hikmah: Prof Dr Muhaya & Bahrudin Bekri"


Ringkas: menarik & tertarik, terkesan & berkesan :)


hadiah 2 buku, mungkin juga indah :)

semoga dapat manfaat dr semua ne :)

Tuesday, 1 January 2013

Masakan pertama tahun 2013 :)

Step 1 :)

Step 2 senyum :)

Step 3 senyum lagi :)

Step 4 hoyeah! siap :)

wat entri time cmne mmg gler..
study xsmpai hbis lg, tp kwn pesan 'take 5' tu perlu..
so lepak sni kejap la..
ne la fes masakan utk thn 2013..cewah..
dinner utk mlm ne..yeay..
n fes time gak kowt aku bwk camera masuk dapur..
tp seb bek camera tu x jadi gulai..
klu x masak la ak jawabnye..

mlm ne nk senyum cmne :) boleh?